KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperuntukkan sebanyak RM231,000 kepada 462 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan pelajar berkenaan.
Menurut PTPTN dalam kenyataan, peruntukan itu merupakan antara inisiatif perbadanan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi program Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin untuk membantu pelajar kurang berkemampuan.
"Setiap pelajar USM itu terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar layak menerima bantuan sebanyak RM500 secara sekali beri dan disalurkan ke dalam akaun bank pelajar.
"Pelaksanaan program ini juga adalah dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan USM bagi memastikan penerima adalah dari kumpulan sasaran yang layak," menurut kenyataan itu.
Majlis penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar USM telah diadakan di Masjid Al-Malik Khalid USM, Pulau Pinang, semalam, sempena Majlis Iftar USM yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed dan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Menurut PTPTN, inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin diadakan untuk menyalurkan bantuan sara hidup kepada pelajar yang kurang berkemampuan di institusi pengajian tinggi (IPT) lain bagi meringankan beban kewangan pelajar.
"PTPTN sentiasa prihatin mengenai kebajikan para pelajar khususnya peminjam PTPTN dengan menyediakan pelbagai inisiatif untuk manfaat pelajar.
"Diharapkan inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin ini memberi sinar kepada para pelajar untuk terus mencipta kejayaan hebat dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi kebanggaan ibu dan ayah," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika sidang media selepas melakukan lawatan di Bangunan M11 Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Foto BERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta
Kempen tahunan yang dianjurkan oleh PTPTN kali ini tampil dengan hadiah yang lebih lumayan dengan beberapa kategori dan siri cabutan menanti 983 pemenang.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022
PTPTN menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.
PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan
PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.