awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang mohon kebenaran KKM untuk program saringan berskala besar

Bernama
Bernama
04/02/2021
20:00 MYT
Pulau Pinang mohon kebenaran KKM untuk program saringan berskala besar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap Jabatan Kesihatan pertimbang mempercepat kelulusan berhubung ujian saringan COVID-19 berskala besar. - Bernama
GEORGE TOWN:Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap Jabatan Kesihatan akan mempertimbang untuk mempercepat kelulusan berhubung penganjuran programnya bagi mengadakan ujian saringan COVID-19 berskala besar susulan kadar kes positif yang tinggi di negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata inisiatif itu, dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) cawangan Pulau Pinang, dikenali sebagai Penang S.A.F.E dan akan menggunakan kaedah ujian RT-PCR terkumpul bagi mengurangkan kos terutama apabila sejumlah besar pekerja perlu menjalani ujian tersebut.
"Kaedah ini akan menjimatkan wang dan masa. Sebagai contoh, kilang terbabit akan mengaturkan supaya lima pekerja yang tinggal di tempat sama menjalani saringan itu.
"Sampel akan dikumpul dalam satu tiub ujian berbanding lima tiub berasingan.
"Kami telah mengemukakan kaedah ini kepada Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri) Dr Noor Hisham Abdullah tetapi kami belum menerima sebarang maklum balas atau kelulusan," katanya dalam program Facebook yang bersiaran secara langsung iaitu 'Bicara COVID-19' bersama dengan Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Chow berkata pendekatan negeri itu dalam menangani COVID-19 membabitkan 3T iaitu ujian (testing), pengesanan (tracing) dan rawatan (treatment).
Justeru, beliau berkata terdapat keperluan untuk meningkatkan jumlah ujian bagi membolehkan langkah seterusnya iaitu pengesanan dan rawatan dilakukan.
"Ujian berskala besar amat penting jika kita ingin melandaikan lengkuk di sini.
"Jika kita tidak mengasingkan kesemua kes positif ini, ia akan menular dalam komuniti dan rantaian jangkitan COVID-19 akan menjadi lebih sukar diputuskan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#pulau pinang
#COVID-19
#KKM
#ujian saringan
#kes positif
#kerajaan
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan