PENYANYI antarabangsa, Justin Bieber bakal meneruskan konsert jelajahnya mulai Julai yang sebelum ini ditunda akibat masalah wajah.
Menerusi perkongsian di Instagram @pr_worldwide, penyanyi itu bakal meneruskan konsertnya bermula di Festival Musim Panas di Itali, disusuli lima persembahan di Eropah, bulan depan.
“Justin Bieber meneruskan jelajah dunia! Justin Bieber hari ini mengumumkan Justice World Tour akan disambung semula di Festival Musim Panas Lucca, Itali pada 31 Julai.
“Justin akan merentasi rangkaian festival Eropah, dan meneruskan jelajah dunia antarabangsanya dengan persembahan di Amerika Selatan, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia & New Zealand kemudian kembali ke Eropah pada 2023.
“22 Oktober 2022, Jelajah Dunia Justin Bieber Justice Secara Langsung di Kuala Lumpur, Stadium Nasional,” jelasnya pada kapsyen.
Ini bermakna, peminat di Malaysia dijangka berpeluang menyaksikan persembahan Bieber di depan mata pada konsert yang dijangka dipentaskan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Oktober ini.
Sementara itu, peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan penyanyi berbakat itu, meluahkan rasa teruja mereka diruangan komen selepas mendapat khabar tersebut.
“King is Back.
“Yeay finally, Justin teruskan konsert.
“Bring it on bestie,” antara komen peminat.
Selain Malaysia, Justice World Tour juga akan menemui peminat di negara Asia yang lain seperti di Jakarta, Nagoya, Osaka dan Tokyo.
Lebih 100 tarikh telah diumumkan untuk konsert jelajah dunia ini sepanjang tahun 2022 hingga 2023 termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Asia dan negara Timur Tengah.
Terdahulu pelantun lagu Peaches itu memaklumkan terpaksa menunda konsert jelajahnya di Washington DC, Toronto dan New York serta diikuti beberapa siri di Amerika Utara apabila diserang sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan wajahnya lumpuh sebelah.
"Jelas sekali, seperti yang anda boleh lihat pada wajah saya. Mata tidak berkelip dan tersenyum dari sisi wajah.
"Lubang hidung juga tidak bergerak, jadi terdapat kelumpuhan pada wajah saya.
"Saya mempunyai sindrom Ramsay Hunt, berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan muka.
"Saya tidak mampu melakukannya. Kepada peminat yang kecewa dengan pembatalan konsert berlangsung dalam masa terdekat, saya harap dapat memahami keadaan saya," jelas Bieber menerusi video yang dikongsinya pada 10 Jun lalu.
Baru-baru ini, penyebaran beberapa keping foto dirakam paparazi yang memaparkan Bieber sedang bercuti dengan isterinya, Hailey Baldwin, 25, di Coeur d'Alene, Idaho, Amerika Syarikat, yang sebelum ini lumpuh separuh wajah akibat sindrom Ramsay Hunt, semakin pulih.
Menerusi paparan foto viral itu, Bieber dan Baldwin dilihat menghabiskan masa di dalam bot persiaran pada percutian itu yang dipercayai disertai keluarga dan teman rapat mereka.
Agensi melaporkan, Bieber nampak sihat dan dipercayai sedang melalui proses pemulihan dan rawatan daripada sindrom Ramsay Hunt dengan baik. -Gempak
Gempak
Fri Jul 22 2022
Peminat di Malaysia dijangka berpeluang menyaksikan persembahan Bieber pada konsert dijangka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Oktober ini. -Gempak
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Remaja maut dua motosikal bertembung
Nahas meragut nyawa seorang pembantu kedai makan, Amirul Amin Abdussalam, akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Justin Bieber mampu senyum semula
Dalam satu muat naik video di akaun Instagram miliknya, Bieber menunjukkan dia mampu mengerdipkan mata serta mengerakkan kening.
'Saya sudah tua nak layan drama' - Selena Gomez berundur dari media sosial
Ia susulan kontroversi membabitkan dirinya, rakan baiknya, Taylor Swift dan isteri bekas teman lelakinya, Justin Bieber.
Utamakan kesihatan serta mental sebab Justin Bieber tangguh jelajah Justice
Buat masa ini, penyanyi pop kelahiran Kanada itu mahu mendapatkan rehat secukupnya sebelum meneruskan jelajah dunia Justice.
Pulih kelumpuhan wajah, Justin Bieber dijadual ke Malaysia 22 Oktober ini
Peminat di Malaysia bakal berpeluang menyaksikan persembahan Bieber pada konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober ini.
Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.
Justin Bieber hidap sindrom Ramsay Hunt, apa sebenarnya penyakit ini?
Justin terpaksa menunda konsertnya yang sudah dijadualkan dan perkara itu sekali gus mengejutkan ramai peminat termasuk di Malaysia.
Justin Bieber alami 'kelumpuhan muka', terpaksa batalkan konsert
Sindrom Ramsay Hunt itu dakwanya dijangkiti selepas virus merosakkan saraf di bahagian telinga sehingga tidak dapat mengelipkan mata serta senyum pada sebelah kanan muka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.