Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dibuka pada 9 pagi esok selama sejam sebelum ditutup pada pukul 10 pagi.
Proses penamaan calon bermula dengan calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13, 5 Mei ini.
Pegawai pengurus pilihan raya kemudiannya akan menyemak setiap kertas penamaan
yang diterima dan akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding sebaik
semua urusan semakan selesai.
Untuk PRU13, buat pertama kalinya tidak ada lagi tempoh bantahan selama sejam dan penarikan balik pencalonan, sesuai dengan peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuat kuasa 27 April 2012.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh pengundian, dengan calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen, bermula esok selepas proses penamaan calon.
Pusat-pusat penamaan calon kebanyakannya ditetapkan di Pejabat-Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai dan bangunan sekolah.
Bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan semua calon supaya datang awal ke pusat penamaan calon masing-masing.
Selain memastikan semua borang diisi dengan lengkap, calon juga dinasihatkan meneliti syarat-syarat kelayakan menjadi calon seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 47 dan Perkara 48 (1) Perlembagaan Persekutuan.
SPR turut mengingatkan calon supaya tidak membawa terlalu ramai penyokong bagi mengelak berlaku insiden provokasi, selain tidak dibenarkan membawa sebarang alat muzik atau pembesar suara.
Pemimpin parti politik, calon, penyokong parti, badan bukan kerajaan dan orang ramai juga diingatkan supaya mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu, tumpuan kali ini lebih terarah di Lahad Datu yang terletak dalam Parlimen Silam, kawasan yang dicemari insiden pencerobohan militan Sulu Mac lepas, dengan proses penamaan calon di situ dijangka berjalan seperti biasa.
Tinjauan Bernama mendapati suasana di sekitar daerah ini meriah dengan kibaran bendera-bendera parti, dan orang ramai terus menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa rasa takut atau terancam.
Persiapan rapi juga telah dilakukan dengan kerusi dan meja kaunter untuk proses penamaan calon memenuhi Dewan Tun Mustapha yang menjadi lokasi pusat penamaan calon Parlimen Silam dan tiga DUN - Tungku, Lahad Datu dan Kunak.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt. Shamsuddin Mat mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat kekecohan sepanjang proses penamaan calon itu.
"Saya tidak dapat menduga apa yang akan berlaku esok, namun saya akan pastikan proses (penamaan calon) itu berjalan lancar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata polis juga akan membuat laluan berasingan untuk setiap penyokong parti yang bertanding bagi mengelakkan kesesakan.
Seramai 72 anggota dan pegawai polis akan berkawal sepanjang proses itu esok, dibantu 16 anggota dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah, katanya.
Di KOTA BAHARU, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Mohamad Mahmud berkata 14 pusat penamaan calon di buka di negeri itu esok.
Proses penamaan calon itu dijalankan di Pejabat-pejabat Tanah dan Jajahan, Majlis Perbandaran serta sekolah, katanya.
Bercakap kepada Bernama di sini, Mohamad juga berkata sebanyak 517 pusat pengundian akan dibuka pada 5 Mei, yang melibatkan sekolah rendah, sekolah menengah dan balai raya.
Katanya sebuah helikopter akan digunakan pada hari pengundian bagi kawasan pedalaman Gua Musang.
Sementara itu, laman web rasmi Jabatan Meteorologi meramalkan tiada hujan sebelah pagi esok di seluruh Kelantan.
Terdapat 14 kerusi Parlimen dan 45 DUN di Kelantan.
Bernama
Fri Apr 19 2013
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.