TEHRAN: Qatar Airways telah menyambung semula penerbangannya yang dijadualkan ke Iran berikutan pembukaan semula lapangan terbang dan ruang udara negara itu.
Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) melaporkan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata penerbangannya ke Iran termasuk 20 penerbangan seminggu ke empat destinasi termasuk Tehran, Mashhad, Shiraz and Isfahan telah disambung semula.
Syarikat penerbangan Qatar itu menggantung penerbangannya ke Iran sejak Sabtu setelah Iran bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas kemudahan diplomatik Iran di Syria, dengan melancarkan serangan dron dan misil.
Terdahulu, Iraqi Airlines juga mengumumkan ia akan menyambung penerbangannya ke Iran mulai Selasa.
Penerbangan antarabangsa dari dan ke Iran digantung selepas Iran melancarkan serangan ke atas Israel menggunakan beratus-ratus dron dan misil ke atas sasaran Zionis dalam wilayah yang diduduki.
Dengan berakhirnya serangan itu dan Iran mencapai matlamatnya, pelbagai negara secara beransur-ansur menyambung semula penerbangan mereka dari dan ke Iran, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Syarikat penerbangan Qatar itu menggantung penerbangannya ke Iran sejak Sabtu setelah Iran bertindak balas terhadap serangan Israel. - Gambar fail/Reuters
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.
Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia 2022
Untuk tahun ke tujuh, syarikat penerbangan Qatar Airways dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia bagi tahun 2022.
Penerbangan terus KL-Doha pacu pemulihan pelancongan Malaysia - Nancy
Penerbangan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Doha akan memacu pemulihan pelancongan Malaysia dan meningkatkan sektor pelancongan negara, berikutan sempadan dibuka semula pada 1 April.
Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul
Penerbangan Qatar Airways ke Doha menandakan kejayaan dalam penyelarasan antara Amerika Syarikat dan Afghanistan era baharu.
MAS tawar lebih banyak destinasi menerusi kongsi kod dengan Qatar Airways
Semua perkhidmatan perkongsian kod akan dipasarkan sebagai penerbangan Malaysia Airlines, justeru memudahkan urusan tiket.
Qatar Airways komited bawa lebih ramai pelancong ke Malaysia
Laluan baharu Qatar Airways ke Langkawi membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu untuk membawa lebih ramai pelancong ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha.
Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah
Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.
Pesawat mendarat cemas, isteri serang suami curang
GARA-GARA mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga, seorang wanita telah membuat kecoh dan bertindak agresif hingga memaksa sebuah pesawat Qatar Airways mendarat cemas di Chennai, selatan India.
Rakyat Malaysia di Qatar tiada masalah pulang sambut Aidilfitri - Reezal Merican
Rakyat Malaysia di Qatar tidak berdepan masalah untuk pulang ke tanah air bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Boeing, Qatar Airways umum tempahan 40 pesawat 787-9, 777-300ER
Syarikat penerbangan itu turut memeterai Surat Hasrat bagi tempahan sehingga 60 buah 737 MAX 8 bernilai US$6.9 bilion.