Rakyat Malaysia yang menetap di Mesir dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang perjalanan ke tiga buah bandar utama iaitu Port Said, Suez dan Ismailia yang kini di bawah perintah darurat.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah mengeluarkan notis kepada rakyat Malaysia berikutan perintah darurat yang dikeluarkan oleh kerajaan Mesir.
Beliau berkata situasi di beberapa bandar raya Mesir masih lagi berada dalam keadaan bergolak dan tidak menentu berikutan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan yang dijangka akan berlarutan.
"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya mengelak daripada berada di Dataran Tahrir dan kawasan berhampiran iaitu Kementerian Dalam Negeri, bangunan Parlimen, persisiran Sungai Nil dan Istana Presiden," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada laporan mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam pertempuran tersebut.
Anifah juga menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang ke Mesir untuk sentiasa berhati-hati dan peka serta tidak melakukan perjalanan ke kawasan berkonflik tinggi.
"Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa bergerak dalam kumpulan dan mengelak daripada menyertai sebarang perhimpunan besar dan demonstrasi," katanya.
Beliau meminta rakyat Malaysia di negara itu supaya sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia yang beralamat 21, El Aanab Street, Mohandesseen, Giza, Mesir.
Kedutaan tersebut juga boleh dihubungi di talian (202) 37610013/19/68/73 atau (202) 37610216 (Faks), atau e-mel di alamat [email protected].
Bernama
Fri Feb 01 2013
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah
Beliau yang merupakan Presiden PCS menyeru kerajaan berpendirian tegas dalam menghentikan keganasan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.
Parti Cinta Sabah retak, beberapa pemimpin kanan umum keluar parti
Datuk Ewon Ebin yang juga Naib Presiden PCS berkata, keputusan itu dibuat selepas aktiviti parti itu seolah-olah terhenti, selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri September 2020.
Henti berpolitik, beri tumpuan bantu rakyat - Anifah Aman
Kerajaan turut digesa untuk memberi tumpuan pada isu kekurangan doktor dan logistik dalam menyegerakan proses vaksinasi dalam negara.
Saya akan keluar dewan, jika beri manfaat kepada rakyat dan negara - Anifah Aman
Tindakan Datuk Seri Anifah Aman yang tidak meninggalkan Dewan Rakyat hari ini adalah kerana isu yang dibangkitkan dan diprotes itu tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia
Suasana panas menuju pilihan raya umum, ramai mudah terlupa mengenai titik persamaan yang menyatukan rakyat Malaysia.
Pendekatan diplomatik tunjang penyelesaian isu penambakan tanah di Laut China Selatan
Beberapa menteri luar ASEAN menyatakan kebimbangan mengenai isu berkenaan ketika berlangsungnya Pemukiman Menteri Luar ASEAN di republik itu pada Selasa.
Malaysia-Qatar tandatangani empat MoU
Malaysia dan Qatar pertingkat kerjasama dua hala dalam bidang latihan diplomat, pengajian tinggi, perundangan dan kehakiman.
Malaysia perjuang inisiatif kesederhanaan bendung fahaman ekstremisme
Pendekatan kesederhanaan adalah elemen penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan mampan.
Hubungan diplomatik dengan Holy See satu pencapaian - Anifah
Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan pewujudan hubungan diplomatik dan penubuhan Kedutaan Besar Malaysia di Holy See sebagai sesuatu yang penting.