Rakyat Malaysia di Kemboja diminta kemas kini maklumat diri, patuhi protokol keselamatan

Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja menggesa rakyat Malaysia di negara itu untuk mendaftar dan mengemas kini butiran peribadi bagi memastikan penyampaian maklumat rasmi tepat pada masanya. -Foto Facebook
PHNOM PENH: Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di negara itu untuk mendaftar dan mengemas kini butiran peribadi masing-masing, dengan menekankan bahawa rekod tepat amat penting bagi memastikan penyampaian maklumat rasmi tepat pada masanya ketika kecemasan.
Ringkasan AI
- Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja menggesa rakyat Malaysia di negara itu untuk mendaftar dan mengemas kini butiran peribadi bagi memastikan penyampaian maklumat rasmi tepat pada masanya.
- Kedutaan mencatat ramai rakyat Malaysia di Kemboja tidak mengemas kini maklumat peribadi mereka, menyebabkan kesukaran dalam pengurusan perkhidmatan konsular.
- Rakyat Malaysia dinasihatkan mengelakkan perjalanan tidak penting ke beberapa wilayah di Kemboja serta sentiasa mengikuti perkembangan melalui sumber berita sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Latihan kemas kini maklumat penting bagi memudahkan kedutaan menambah baik penyampaian maklumat rasmi, pengurusan perkhidmatan konsular dan langkah-langkah berkaitan," menurut kenyataan di laman Facebook kedutaan.
Terdahulu, kedutaan turut menasihati rakyat Malaysia di Kemboja supaya mengelakkan perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang dan Pursat.
"Warganegara Malaysia di Kemboja dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan melalui sumber berita yang sahih dan mematuhi sepenuhnya arahan serta nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan," menurut nasihat keselamatan itu.
Nasihat itu dikeluarkan ketika ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand terus meningkat sejak Isnin.
Untuk bantuan, mereka boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel: [email protected] atau menghubungi talian hotline 24 jam: +855 12 216 176.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang kedutaan: https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang digalakkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja kepada rakyat Malaysia yang menetap di sana? A: Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja menggesa rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mengemas kini butiran peribadi mereka bagi memastikan rekod tepat dan penyampaian maklumat rasmi yang tepat.
- Q: Mengapa penting bagi rakyat Malaysia di Kemboja untuk mengemaskini butiran peribadi mereka? A: Latihan kemas kini maklumat ditekankan kerana ia memudahkan kedutaan dalam pengurusan perkhidmatan konsular dan langkah-langkah berkaitan dengan rakyat Malaysia di Kemboja.
- Q: Apakah wilayah yang perlu dielakkan oleh rakyat Malaysia di Kemboja berdasarkan nasihat dari kedutaan? A: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan untuk mengelakkan perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang, dan Pursat.
- Q: Bagaimana rakyat Malaysia di Kemboja dapat memperoleh bantuan daripada kedutaan? A: Rakyat Malaysia di Kemboja boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel [email protected] atau menghubungi talian hotline 24 jam di +855 12 216 176.
- Q: Di mana rakyat Malaysia di Kemboja boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkembangan terkini? A: Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang kedutaan: https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

