KUALA LUMPUR: Keindahan Zhejiang di China kini boleh diakses secara dalam talian oleh rakyat Malaysia selepas pameran maya berkaitan wilayah itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang bermula Rabu.
Pameran bertema 'Panorama Hall of Virtual Exhibition of Zhejiang' yang berakhir pada 30 Nov ini memberikan gambaran Zhejiang secara keseluruhan daripada lima aspek iaitu landskap, sejarah, warisan budaya tidak ketara, kesenian dan makanan.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang Chu Ziyu berkata pandemik COVID-19 memberi tamparan hebat kepada pertukaran dalam sektor kebudayaan dan pelancongan antara wilayah itu dengan Asia Tenggara.
"Meskipun pandemik telah memisahkan kita secara geografi, hasrat dan keinginan kita untuk melakukan pertukaran itu tidak pernah surut.
"Justeru, kami telah menyediakan 'Panorama Hall of Virtual Exhibition of Zhejiang' untuk menampilkan landskap yang indah, sejarah yang mendalam, kerja tangan yang halus, representasi artistik dan cita rasa kulinari Zhejiang dengan lima bab iaitu Charm of Landscape, Collection of History, Alley of Craftsmanship, Echo of Sounds dan Taste of Jiangnan," katanya semasa berucap secara maya pada pelancaran pameran maya itu.
Pameran itu telah dilancarkan serentak secara dalam talian di Malaysia, Singapura dan Vietnam oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma Bernama di sini.
Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Ketua Perwakilan Pusat Promosi Pelancongan Zhejiang di Asia Tenggara Datuk Keith Li, Pengerusi Malaysia-China Insight Trilingual News Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain.
Menyertai program itu secara maya ialah Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang Chu Ziyu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura Keith Tan serta Naib Pengerusi Pentadbiran Pelancongan Negara Vietnam Ha Van Sieu.
Ouyang pula berkata pertukaran kebudayaan dan pelancongan telah dipindahkan ke platform secara dalam talian bagi memperkaya pertukaran antara rakyat kedua-dua negara.
Beliau berkata antara pertukara kebudayaan dan pelancongan yang dilakukan secara maya ialah siri Selamat Tahun Baharu Cina dan Dialog Asia bagi Pemuliharaan Warisan Budaya yang mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Mereka yang berminat untuk meneroka Zhejiang dinasihat melayari laman Pameran Maya Zhejiang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
'Panorama Hall of Virtual Exhibition of Zhejiang' yang berakhir pada 30 Nov ini memberikan gambaran Zhejiang secara keseluruhan. - Foto Facebook/iZhejiang
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
ACL: Dion Cools hampir dipukul dalam insiden pergaduhan pemain
Berlaku pergaduhan besar di antara pemain kedua-dua pasukan sebaik Zhejiang meraih kemenangan 3-2 ke atas Buriram.
Wanita cedera selepas dirempuh bagasi 'terlepas' di eskalator
Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas dirempuh bagasi pakaian tergelincir di sebuah eskalator.
Rakyat Malaysia kini boleh teroka Zhejiang secara maya
Pameran itu telah dilancarkan serentak secara dalam talian di Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Bapa jual anak kandung untuk pergi bercuti dengan isteri baharu
Polis memaklumkan siasatan awal mendapati Xie telah menjual anak kandungnya kepada pasangan tanpa anak di Changshu dengan harga 158,000 yuan.
'Gaya baharu' ke sekolah demi jaga penjarakan sosial
Topi yang diperbuat menggunakan kadbod sepanjang tiga kaki itu dinamakan Topi Satu Meter.
COVID-19: China hantar pakar, peralatan perubatan ke Itali
Peralatan itu termasuk ubat-ubatan, kelengkapan perlindungan serta alatan yang digunakan di unit rawatan rapi seperti ventilator dan monitor.
Sekatan perjalanan diperluas kepada 2 lagi wilayah di China
Dua lagi wilayah dikenakan sekatan perjalanan iaitu Zhejiang dan Jiangsu susulan 'lockdown' oleh kerajaan China.
Koronavirus: China tutup bandar Wenzhou
Ia melibatkan Wenzhou, dalam wilayah Zhejiang, yang terletak kira-kira 800 kilometer dari Wuhan, pusat tercetusnya wabak novel koronavirus 2019 n-CoV.
Tapak kaki dinosaur 100 juta tahun dijumpai di timur China
Lebih 20 tapak kaki berukuran 22.7cm hingga 82cm telah ditemui di sebuah kampung di bandar Lanxi.
Gara-gara melampiaskan nafsu, alat perangsang tersangkut di dubur
Lelaki itu menyerah diri ke hospital selepas berasa tidak selesa di bahagian dubur dan perutnya.