KUALA LUMPUR: Selama hampir lima dekad, seniman Datuk Ramli MS berkarya dan sepanjang tempoh berkenaan sudah terlalu banyak hal yang mengecewakan beliau terlihat di depan mata.
Kekecewaan yang sukar disembunyikan pemuzik tersohor itu ialah sikap sebilangan besar anak seni yang tidak memiliki jati diri sendiri.
Tegas Ramli, tatacara atau protokol sebagai anak seni tidak pernah diberi perhatian yang serius, sehingga ada kalanya, pendatang-pendatang baharu ‘melanggar’ peradaban yang dituntut dalam dunia hiburan.
“Sekarang, ramai artis yang ‘langgar’ saja benda-benda ini (seperti) jati diri dan tatasusila. Saya sudah lihat perkara ini selama berdekad-dekad dan ia nampaknya mula menjadi sesuatu yang normal.
“Kalau dibandingkan dengan zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, disiplin mereka lebih padu terutamanya dari segi pengurusan masa. Inisiatif ini adalah untuk masa depan industri kita,” luah pengkritik tetap program Gegar Vaganza terbitan Astro itu lagi.
BACA: Ramli MS terima menantu
Didesak oleh hasrat berkongsi ilmu serta mendidik generasi baharu mencetuskan idea kepada Ramli untuk mencari pelapis yang akan mewarisi kegemilangan industri hiburan tanah air.
Dalam masa sama, karyawan berjiwa besar itu enggan pengalaman 47 tahun dalam dunia hiburan tidak diwarisi atau disalurkan kepada golongan yang benar-benar mahu mendalami ilmu.
Justeru, Panggung Tok Ram akan menjadi platform yang ditawarkan beliau kepada generasi baharu yang mahu membina kerjaya dalam dunia hiburan.
“Saya nak mencari bakat baru dan akan membina jati diri individu itu menjadi anak seni yang berkaliber. Dengan pengalaman saya selama 47 tahun di dalam industri, saya akan bantu menggilap apa yang ada dalam diri mereka.
“Selain bakat dan teknikal yang boleh diajar, jati diri dan tatasusila juga penting dalam diri seseorang anak seni,” katanya sambil menjelaskan inisiatif itu diambil bagi mencipta masa depan yang lebih baik buat anak-anak seni tanah air terutamanya barisan pelapis.
Bekerjasama dengan jenama susu terkemuka Farm Fresh, Panggung Tok Ram akan mencungkil dan menggilap bakat muda seawal usia 13 hingga 18 tahun, sekali gus akan diasuh dengan pelbagai ilmu bukan sahaja seni, bahkan mengenai sikap serta disiplin sebagai anak seni.
Berbeza dengan program-program realiti yang pernah diterbitkan sebelum ini, Panggung Tok Ram merupakan sebuah penerbitan yang akan berlangsung selama dua tahun.
“Ia adalah program berterusan dan minimum, akan memakan masa selama dua tahun. Dalam tempoh itu, kita akan dapat lihat dan kenal pasti sikap peserta dan cabang seni mana yang lebih sesuai untuknya,” kata beliau lagi.
Mana-mana rakyat Malaysia yang berminat boleh menyertai Panggung Tok Ram dengan mengirim
rakaman video serta maklumat peribadi ke nombor telefon 013-6268839.
Astro Awani
Wed Apr 07 2021
Panggung Tok Ram akan menjadi menjadi platform kepada Datuk Ramli MS menawarkan ilmu generasi baharu yang mahu membina kerjaya dalam dunia hiburan.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Perang kunci keamanan rakyat Israel - Presiden Israel
Presiden Israel, Isaac Herzog, mendakwa perang di Gaza serta kemungkinan perang di Lubnan adalah diperlukan bagi keamanan rakyatnya.
Menerusi satu hantaran di X pada Jumaat, beliau mendakwa langkah itu bagi memastikan warga Israel yang dipindahkan dari kawasan utara dan selatan Israel akibat konflik berterusan dengan Gaza dan ancaman Hezbollah di Lubnan, kembali ke rumah, sekolah, dan memulakan kembali perniagaan mereka.
Menerusi satu hantaran di X pada Jumaat, beliau mendakwa langkah itu bagi memastikan warga Israel yang dipindahkan dari kawasan utara dan selatan Israel akibat konflik berterusan dengan Gaza dan ancaman Hezbollah di Lubnan, kembali ke rumah, sekolah, dan memulakan kembali perniagaan mereka.
UNICEF gesa gencatan senjata segera, lindungi kanak-kanak
Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF Ted Chaiban pada jumaat menggesa gencatan senjata segera di Gaza.
Gesaan itu dibuat untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Gesaan itu dibuat untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
PBB beri amaran risiko konflik semakin buruk
Setiausaha Rendah Politik & Hubungan Keamanan PBB,
Rosemary DiCarlo seru gencatan senjata segera dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza, berikutan peningkatan keganasan di Lebanon dan rantau sekitarnya.
Rosemary DiCarlo seru gencatan senjata segera dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza, berikutan peningkatan keganasan di Lebanon dan rantau sekitarnya.
Presiden Biden yakin gencatan senjata Gaza masih realistik
Presiden AS. Joe Biden menegaskan usaha ke arah perjanjian gencatan senjata harus diteruskan walaupun nampak sukar, kerana kejayaan boleh dicapai.
Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Kenyataan negara sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang akan disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan selari dengan tema perhimpunan tahun ini, Leaving no one behind: Acting together for the advancement of peace, sustainable development and human dignity for present and future generations.
PETRONAS labur RM320 juta tajaan pendidikan untuk 600 pelajar cemerlang
Para penerima tajaan bakal melanjutkan pelajaran mereka di universiti terkemuka tempatan dan luar negara termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Korea Selatan dan Jepun.
Penumpang antarabangsa Lapangan Terbang Subang meningkat
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang (SZB) mencatat peningkatan trafik penumpang antarabangsa sebanyak 25 peratus pada Ogos 2024, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MAHB berkata, penyambungan semula operasi jet selepas sekian lama terhenti di SZB telah meraih maklum balas positif, meningkatkan kesalinghubungan kepada pilihan destinasi domestik dan serantau yang lebih luas.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MAHB berkata, penyambungan semula operasi jet selepas sekian lama terhenti di SZB telah meraih maklum balas positif, meningkatkan kesalinghubungan kepada pilihan destinasi domestik dan serantau yang lebih luas.
Kehadiran Nur Izzara: Rahmat tak disangka buat Datuk Ramli MS dan Alyah
Hampir 11 tahun melayari bahtera rumah tangga berdua, kini hadir Nur Izzara menyerikan kehidupan pasangan selebriti, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah.
Alyah kongsi keadaan Tok Ram selepas diserang vertigo
Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Singapura, namun terpaksa berpatah balik kerana belum memperbaharui permit kereta.
Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.
All Stars Gegar Vaganza: 'Salah tetap salah, sakit bukan alasan' - Naqiu mohon maaf tak capai KPI
Menurut Naqiu, dia menerima segala komen yang diberikan oleh ketua juri iaitu Datuk Ramli MS dengan hati yang terbuka.
All Stars GV: Aliff Aziz di tangga bahaya, ini markah penuh minggu ke-9!
Konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
All Stars Gegar Vaganza: Kurang main dengan dinamik, Noryn Aziz tersingkir
Noryn menjadi bintang ketujuh tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.
All Stars Gegar Vaganza: 'Saya terkejut...' - Ramli MS rasa tertipu dengan Aliff Aziz
Menurut Ramli, persembahan Aliff di minggu kelapan sangat berlainan dan memaparkan sisi berbeza bintang ASGV itu.
All Stars Gegar Vaganza: Nikki Palikat terselamat, minggu ‘Funfair Tok Ram’ tiada penyingkiran!
Bintang lelaki mendominasi kedudukan pertama hingga keempat dimulai oleh Aliff Aziz, Naqiu, Tomok dan Hady Mirza.
All Stars Gegar Vaganza: 'Dia tak rosakkan lagu, cuma…' - Ramli MS jawab sebab Ezad tersingkir
Menurut Ramli, selain sebutan kurang jelas, nyanyian Ezad juga kedengaran tidak stabil dan kehilangan melodi.
All Stars Gegar Vaganza: Ezad Lazim tersingkir - 'Saya kena balik cepat, rumah banjir'
Ezad gagal menambat hati juri selepas menyanyikan lagu Seksa (Ukays).