KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) mengingatkan semua ahli politik di negeri itu agar tidak melanggar norma demokrasi yang diterima masyarakat bagi mengelakkan keruntuhan institusi demokrasi akibat kehilangan kepercayaan rakyat.
Menurut Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, meskipun tindakan mengumpul akuan bersumpah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibolehkan oleh perlembagaan, namun ia jelas bertentangan dengan moral masyarakat terutamanya anak muda yang ingin melihat kerajaan yang dipilih memerintah sehingga tamat penggal.
"Salah satu faktor keruntuhan demokrasi ialah apabila norma demokrasi yang dijunjung rakyat seperti pemilihan parti pemerintah melalui proses pilihan raya tidak lagi dihormati para ahli politik.
"Meskipun tiada klausa di dalam perlembagaan yang menghalang tindakan seperti mengumpul akuan bersumpah daripada ADUN untuk membentuk kerajaan, namun secara moralnya ia tidak diterima oleh orang awam terutamanya golongan belia di negeri ini", Abqaree berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat bagi mengulas pergolakan politik yang sedang terjadi di sebalik tabir di negeri itu.
Tambahnya lagi, bukan sahaja perbuatan itu dicemuh oleh rakyat, malah ianya akan turut melembabkan pertumbuhan ekonomi dan melambatkan bantuan disalurkan kepada rakyat akibat rasa takut pelabur dan pembentangan semula belanjawan negeri sekiranya kerajaan bertukar.
Ia juga katanya akan memberi kesan kepada pandangan golongan muda mengenai keberkesanan sistem demokrasi sedia ada dalam menstabilkan dan membangunkan negara selain menyeru agar semua ahli politik bermuhasabah diri demi kepentingan rakyat miskin di negeri itu.
"Ketakutan pelabur, dan pembentangan semula belanjawan sekiranya kerajaan bertukar. Dua perkara ini akan melembabkan ekonomi dan memberi kesan langsung kepada rakyat.
"Saya risau akan persepsi golongan muda terhadap sistem demokrasi di negeri ini yang seolah-olah dimanipulasi demi kepentingan politik pihak tertentu. Ini akan menjauhkan anak muda daripada terlibat dalam politik pada masa hadapan kerana merasa mandat yang diberikan kepada kerajaan pada pilihan raya lalu tidak dihormati.
"Bermuhasabahlah. Mungkin pada mereka (ahli politik) ini suatu permainan. Bagi rakyat ini melibatkan kelangsungan hidup dan masa depan mereka. Sebahagian besar mereka menantikan polisi dan bantuan segera kerajaan untuk bangkit dari bencana ekonomi. Kembalilah kepada tujuan asal demokrasi, demi rakyat miskin di kawasan anda sendiri", tambah Abqaree.
BACA: Rampasan kuasa gagal, Bung Moktar dijangka 'digugurkan' dalam rombakan kabinet Sabah
Abdul Hafiz Mustadi
Fri Jan 06 2023
Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan menyifatkan cubaan merampas kuasa daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai tidak bermoral dan melanggar norma demokrasi. - Facebook\Abqaree Fawwaz Abekan
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.
Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.
Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).