KANGAR: Kakak kepada wanita yang ditahan kerana dipercayai mendera tiga anaknya berusia 14 hingga 16 tahun yang ditemui di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat di sini, mendakwa adiknya tidak pernah melakukan perbuatan itu terhadap semua anaknya.
Wanita berkenaan sebaliknya mendakwa, tindakan adiknya merantai kaki anak lelakinya termasuk dua orang kurang upaya (OKU) adalah atas faktor keselamatan, kerana dia terpaksa keluar berkerja.
"Dia sebenarnya penyabar dan penyayang malah amat jarang memarahi anak-anaknya. Dia tidak pernah pukul walaupun anaknya yang sudah remaja itu terlampau aktif," dakwanya yang berusia 70 tahun ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lat 1000, Simpang Empat, di sini, hari ini.
Pada jam 11.55 malam Jumaat, tiga remaja itu ditemukan orang awam di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat dalam keadaan dua daripada mereka dirantai di bahagian kaki. Mereka dipercayai melarikan diri dari rumah.
Susulan itu, polis menahan ibu mereka yang berusia 46 tahun bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.
Sementara itu, mengulas lanjut, wanita itu berkata, adiknya yang juga pekerja pembersihan di sebuah institusi pendidikan di Kangar, merantai kaki anak-anaknya kerana mereka sukar dikawal dan dia bimbang keselamatan mereka.
"Sebelum ini, anak sulung dia pernah jatuh ke dalam sungai yang terletak 50 meter di hadapan rumah.
"Selain itu, jika dibiarkan tiga beradik itu akan keluar merayau-rayau di sekitar kampung dan jalan raya.
"Mereka juga pernah mematahkan jeriji tingkap dan merosakan kunci untuk keluar diri dari rumah sebelum ini," dakwanya yang tinggal berhampiran rumah adiknya.
Dakwanya lagi: “Di leher memang ada kesan seperti luka tetapi bukan daripada perbuatan dera ibunya. Anak-anak dia suka kait buah mangga dan ada ketika mereka sedang mengutip buah itu mereka terkena getah mangga.
“Mereka aktif sikit dan suka juga panjat pokok kelapa. Malah ada ketika itu mereka panjat sampai ke atas pucuk. Sebelum ini saya pernah tanya mereka kenapa di leher dan dahi terdapat kesan luka tetapi mereka bagi tahu luka kena getah mangga.
“Ada pula si adik letakkan bedak sejuk sehingga nampak seperti terkena penyakit kayap tetapi saya berani cakap ibu mereka tidak pernah mendera mereka,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya kesemua remaja itu bersekolah, termasuk anak sulung yang belajar di sebuah sekolah pendidikan khas di Simpang Empat.
Dakwanya, beberapa ahli keluarga pernah menasihatkan adik perempuannya itu supaya menghantar anaknya yang OKU ke pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun wanita itu tidak sanggup berpisah selain bimbang anaknya dibuli.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, ketika dihubungi Astro AWANI berkata, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.
Katanya, polis masih menunggu laporan pemeriksaan perubatan ketiga-tiga mangsa.
Kedua-dua suspek kini direman selama selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 26 2023

Rumah dipercayai dihuni tiga beradik yang ditemukan orang awam di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat dalam keadaan dua daripada mereka dirantai di bahagian kaki. - Gambar/ Astro AWANI

Penstrukturan semula projek LCS bakal pulih, perkukuh ekosistem maritim Malaysia - MASTRA
MASTRA turut menyarankan supaya pihak terlibat melantik ahli Lembaga Pengarah Syarikat dari kalangan mereka yang berkompetensi dan berintegriti.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Rantai kaki anak: Kakak suspek dakwa tiada unsur dera, adik ibu penyayang
Wanita berkenaan sebaliknya mendakwa, tindakan adiknya merantai kaki anak lelakinya termasuk dua orang kurang upaya (OKU) adalah atas faktor keselamatan, kerana dia terpaksa keluar berkerja.