awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Bus beri kerjasama penuh siasatan kemalangan maut

Bernama
Bernama
14/11/2025
22:00 MYT
Rapid Bus beri kerjasama penuh siasatan kemalangan maut
Rapid Bus berkata, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan fakta yang telah disahkan serta berharap semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dengan telus dan adil.
GEORGE TOWN: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan memberikan kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas Rapid Penang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini pada Khamis.
Rapid Bus dalam kenyataan semalam memaklumkan insiden pada 11 pagi itu menyaksikan seorang penunggang motosikal meninggal dunia setelah melanggar bahagian sisi kanan bas Rapid Penang laluan 303.
"Kami mengambil maklum beberapa laporan berkaitan punca insiden itu dan pada masa ini, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden itu juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan ketika ini, sebarang penilaian punca insiden adalah pramatang sehingga siasatan rasmi selesai," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Rapid Bus memaklumkan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan fakta yang telah disahkan serta berharap semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dengan telus dan adil.
Terdahulu, wakil Rapid Bus melawat keluarga penunggang motosikal terbabit dan merakamkan ucapan takziah serta simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa.
Pada Khamis, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar sebuah bas ketika mangsa dalam perjalanan dari Gat Lebuh Macallum menuju ke rumahnya di Summer Place, Persiaran Karpal Singh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid Bus
#kemalangan maut
#bas Rapid Penang
#Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami