Agensi agama tidak akan terlepas daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati terdapat unsur rasuah dan salah laku dalam organisasi berkenaan.
Bercakap kepada Bernama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kedudukan dan kuasa yang diberikan bukanlah alasan untuk pegawai jabatan agama terlibat dalam perbuatan rasuah.
"Sekiranya ada mana-mana pihak berfikiran mereka boleh terlepas daripada siasatan SPRM, tindakan yang diambil kebelakangan ini terbukti tidak ada satu agensi pun yang tidak disiasat," katanya.
BACA: SPRM Johor tahan dua pegawai agama disyaki terima rasuah
Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan empat pegawai agama Johor yang disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa di negeri itu, semalam.
Azam berkata SPRM memandang serius perkara itu kerana individu-individu berkenaan sangat dipercayai oleh masyarakat dan sepatutnya menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh integriti.
Ini bukan kali pertama pegawai jabatan agama ditahan SPRM malah beberapa pegawai dari jabatan agama di negeri-negeri lain juga pernah ditahan dan disiasat sebelum ini, katanya.
"Sebagai pegawai agama, mereka sepatutnya mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah rasuah," katanya.
Semalam, SPRM Johor menahan dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan dua pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru yang bertugas di Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri.
Seorang Ketua Penolong Pengarah dan seorang lagi Penolong Pegawai Bahagian Undang-undang Syariah (JAINJ) ditahan selepas didapati menyalahgunakan kedudukan dengan meluluskan permit penganjuran kursus pra-perkahwinan tanpa melalui prosedur.
Dua pegawai yang bertugas di PPID itu pula ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada syarikat yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
AZAM: Agensi agama tidak akan terlepas daripada siasatan SPRM jika didapati terdapat unsur rasuah dan salah laku dalam organisasi berkenaan. - Gambar fail
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan
SPRM hari ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.
SPRM tahan leftenan kolonel terlibat rasuah
SPRM telah menangkap seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel yang bertugas di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) di bawah Wisma ATM.
Rasuah: Agensi agama tidak terlepas daripada siasatan - Azam
Agensi agama tidak akan terlepas daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati terdapat unsur rasuah dan salah laku dalam organisasi berkenaan.
SPRM tahan 3 individu menyamar pegawai SPRM
SPRM menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM yang kononnya boleh menutup kes berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram.
Jangan terpedaya orang menyamar sebagai pegawai SPRM - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap orang ramai tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai agensi itu bagi menyelesaikan kes berkaitan rasuah.
Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah
SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.
Kes rasuah KSU: Apa yang kita tahu?
Siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai tinggi sebuah kementerian telah mengisi tajuk utama #HariIni8 sejak minggu lalu.
Kes rasuah KSU: SPRM rampas wang tunai RM550,000 lagi
SPRM merampas wang tunai kira-kira RM550,000 lagi dari rumah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.
Kes rasuah KSU: SPRM rampas dokumen di pejabat
SPRM merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan KSU KKLW disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.
Rasuah: SPRM sahkan KSU yang ditahan dari KKLW
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan individu yang ditahan pagi tadi dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).