SEPANG: Kerajaan akan memperkenalkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) sebagai kesinambungan kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam ucapannya pada Majlis Penutup Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini hari ini, Mohd Zuki berkata NACP yang dilancarkan pada Januari 2019 kini memasuki tahun akhir pelaksanaan.
Mohd Zuki berkata matlamat untuk menjadi negara maju bebas rasuah tidak harus disandarkan kepada enam bidang keutamaan yang termaktub dalam naskhah NACP sedia ada.
"Sebaliknya, pelaksanaan tata kelola baik merentasi sektor lain perlu diperhalusi agar pembaharuan dasar tata kelola, integriti dan antirasuah memberi impak positif kepada rakyat dan negara," katanya dalam ucapan beliau yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Azhar Ahmad.
Enam bidang keutamaan NACP ialah tadbir urus politik, pentadbiran sektor awam, perolehan awam, perundangan dan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang serta tadbir urus korporat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Julai lepas menerusi ciapan Twitternya berkata kerajaan bersetuju untuk meneruskan kesinambungan NACP dengan satu strategi baharu di peringkat nasional yang dikenali sebagai NACS.
Mohd Zuki berkata usaha mengkaji risiko rasuah dalam sektor berbeza atau di luar bidang keutamaan NACP dan menghasilkan syor penyelesaian terbaik bagi mengatasi isu dan cabaran sedia ada dan masa hadapan merupakan inisiatif penting ke arah pembentukan ekosistem tata kelola baik bebas rasuah.
Beliau berkata resolusi daripada persidangan itu juga akan dijadikan input dalam memuktamadkan NACS.
Persidangan berkenaan menghimpunkan 10 tajuk kertas penyelidikan dalam pelbagai sektor tumpuan utama antaranya perolehan awam, sukan dan sektor tidak formal.
Sepuluh resolusi yang dicapai pada persidangan itu antaranya menangani isu campur tangan oleh pihak politik dalam projek pembangunan sektor luar bandar dan pemberian bantuan kepada golongan sasar dan meminda Akta Pembangunan Sukan 1987 khususnya berkaitan kesalahan rasuah, pelanggaran integriti dan tata kelola serta kebertanggungjawaban melibatkan ekosistem pembangunan sukan dalam negara.
Resolusi lain meliputi merealisasikan penggubalan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dalam mengawal selia urusan perolehan bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan kebertanggungjawaban semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Mohd Zuki berkata matlamat untuk menjadi negara maju bebas rasuah tidak harus disandarkan kepada enam bidang keutamaan yang termaktub dalam naskhah NACP sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.