awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan maut rempuh kereta buat pusingan U

Bernama
Bernama
31/10/2024
07:25 MYT
Remaja perempuan maut rempuh kereta buat pusingan U
Nurul Khaiira Mohd Zamri yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas melanggar kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun.
REMBAU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di kilometer 32.1 Jalan Seremban-Tampin, Pekan Chengkau malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata Nurul Khaiira Mohd Zamri yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas melanggar kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun.
Beliau berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari rumah di Seremban Jaya menghala ke Tampin.
"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggangnya melanggar sisi kanan kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U dari bahu jalan sebelah kiri arah yang sama dan mahu berpatah balik ke arah Pekan Rembau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa di bawa ke forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat.
Shaik berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Remaja perempuan
#Rembau
#kes kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan