Mahkamah Majistret Jawi, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari keatas tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan bom buatan sendiri di bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal pada malam Selasa.

Perintah tahanan reman di keluarkan oleh Majistret Siti Salwa Jaafar petang tadi di Mahkamah Majistret Jawi.

Ketiga-tiga suspek dengan salah seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau memiliki bahan letupan dibawa menaiki van tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 2.45 petang.

Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 41 tahun di tahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Georgetown, Bukit Mertajam dan Seberang Perai Selatan, dua hari lalu.

Sabit kesalahan mereka boleh didakwa dibawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman tujuh tahun penjara dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Ikuti berita sepenuhnya melalui video.