awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran terbakar: Warga emas rentung selepas masuk semula untuk selamatkan barang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
03/08/2019
04:02 MYT
Restoran terbakar: Warga emas rentung selepas masuk semula untuk selamatkan barang
Kebakaran menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian dan ditemukan dalam keadaan rentung. Foto JBPM Selangor
Seorang warga emas ditemukan rentung selepas terlibat dalam kebakaran sebuah restoran di Taman Chi Liung Pandamaran, Klang, Selangor, pagi ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 pagi.
“Bomba sampai ke lokasi sembilan minit kemudian dan mendapati sebuah restoran berkeluasan 6,400 kaki persegi telah terbakar.
“Bagaimanapun, kebakaran tersebut berjaya dikawal pada 8.10 pagi dengan anggaran kemusnahan 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut PGO Selangor, ketika awal kejadian, seorang lelaki berusia 68 tahun telah masuk semula ke dalam restoran untuk mengambil barang, namun berlaku runtuhan yang menimpa mangsa.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian dan ditemukan dalam keadaan rentung selepas itu.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#Klang
#lelaki
#maut
#PGO Selangor
#rentung
#restoran
#runtuhan
#Taman Chi Liung Pandamaran
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan