awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM60 juta untuk baiki runtuhan tebing Sungai Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
24/02/2021
10:09 MYT
RM60 juta untuk baiki runtuhan tebing Sungai Kelantan
Rabu lalu media melaporkan kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan menyebabkan lima rumah musnah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Gambar fail/ Astro AWANI
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memerlukan peruntukan RM60 juta untuk melaksanakan kerja membaiki runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas pada Rabu lepas, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata, peruntukan itu bagi membolehkan tebing sungai berkenaan diperbaiki dan diperkukuhkan selain turut membabitkan kos pengambilan tanah, untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
"Peruntukan itu masih belum diputuskan sama ada dana berkenaan adalah daripada kerajaan negeri ataupun kerajaan Persekutuan. Kita akan selaras dari segi dana terlebih dahulu dan akan diteruskan dengan peringkat pelaksanaan.
"Walau bagaimanapun, perkara ini akan diselesaikan dalam tempoh segera memandangkan perkara ini (baik pulih tebing) adalah perkara mendesak," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata, buat masa ini pihaknya dalam pertimbangan untuk membuat penempatan sementara kepada penduduk yang terjejas dalam runtuhan tebing itu, selain menggantikan dengan rumah baharu.
Ujarnya lagi, sehingga kini Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan sedang mengenal pasti punca sebenar runtuhan berkenaan, dan setakat ini tiada pergerakan tanah berlaku.
Rabu lalu media melaporkan kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan menyebabkan lima rumah musnah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan kesemua 45 keluarga merangkumi 98 orang yang mendiami kawasan itu diarahkan untuk berpindah.
Topic Berkaitan
#tebing runtuh
#Sungai Kelantan
#celagi
#Pasir Mas
#runtuhan
#tanah runtuh
#rumah musnah
#pergerakan tanah
#JKR
#peruntukan
#pembaikan
#baik pulih
#Timbalan Menteri Besar
#Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan