KUALA LUMPUR :UMNO perlu dirombak semula dan kemudian mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan rakyat juga.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menegaskan, UMNO dalam masa perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga agar suhu tidak puas hati terhadap pemimpin kembali reda.
“Ia tidak salah kerana UMNO sememangnya perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga jika mengikut Perlembagaan parti (3 tahun). Penggal 2018-2021 juga bakal berakhir.
“Walaupun ia tidak menyelesaikan 100 peratus masalah tetapi 60 peratus pun lebih baik daripada tiada langsung.
“UMNO perlu ‘total revamp’. UMNO perlukan pasukan ‘Avengers’, pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli tetapi diterima oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
BACA: UMNO perlu bariskan pemimpin baharu selain Ahmad Zahid - Pemuda UMNO Pagoh
Menurutnya, beliau berpandangan lebih baik UMNO lakukan pemilihan semula tahun ini daripada "meminta Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berundur".
"Ia lebih baik dan molek," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd Alfie Zainal Abidin juga berpendapat pemilihan parti harus dipercepatkan demi kestabilan parti.
BACA: Segerakan pemilihan UMNO: Beri peluang akar umbi tentukan pemimpin, hala tuju parti
BACA: UMNO lemas dalam kolam yang cetek - Shamsul Amri
“Sebagai pendokong demokrasi dan ahli yang hormat pada institusi, lebih baik kita tunggu sehingga pemilihan yang akan datang untuk ahli UMNO pilih sendiri siapa Presiden yang menjadi pilihan mereka.
“Saranan atau gesaan yang terbaik untuk semua ahli UMNO ketika ini ialah untuk mendesak Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) untuk mengadakan pemilihan parti pada tahun ini atau secepat mungkin,” ujarnya.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang sebelum ini dilaporkan berkata, kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14) berulang pada PRU15 nanti.
Katanya, pengunduran mereka juga dilihat perlu bagi membawa perubahan dalam UMNO supaya parti terus releven sebagaimana slogan parti iaitu dulu, kini dan selamanya.
Kluster besar yang dimaksudkannya ialah orang lama yang sudah berpenggal-penggal jadi pemimpin dalam UMNO.
Astro Awani
Sat Jan 16 2021

Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menegaskan, UMNO dalam masa perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga agar suhu tidak puas hati terhadap pemimpin kembali reda.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan - IDEAS
Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.

AWANI Ringkas: MIC bincang isu kerjasama dengan Bersatu & PN

Hoki | Tiga pemain THT positif COVID-19
3 pemain Terengganu Hockey Team termasuk penyerang utama skuad kebangsaan disahkan positif COVID-19, 2 hari menjelang sesi latihan pertama mereka. Keputusan ini satu tamparan hebat terhadap usaha Konfederasi Hoki Malaysia membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac depan.

Varian COVID-19 | Pfizer mungkin bangunkan vaksin baharu untuk tangani varian COVID-19
Dalam perkembangan berkaitan Pfizer kini sedia menangani variasi COVID-19, susulan kebimbangan terhadap apa kesan varian baharu kepada vaksin dalam usaha memerangi wabak itu. Presiden Global Biofarma Pfizer, Angela Hwang memberi jaminan teknologi dimiliki syarikat itu membolehkan pembangunan vaksin untuk varian baharu dikesan.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melebihi 112.84 juta
Perihal vaksin ini dilaporkan ketika jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 112.84 juta kes. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Berbasikal | Misi kejayaan 100% Azizulhasni
Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang akan turun berdepan bekas juara remaja dunia, Conor Rowley pada Kejohanan Keirin Victoria, Ahad ini dengan misi mencatat kejayaan 100 peratus musim 2021. The Pocket Rocketman menang pingat emas acara pecut kejohanan sama, minggu lalu selaku cabaran pertama musim ini.

Industri Padi | Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyeru kerajaan menggunakan tempoh 10 tahun ini untuk melaksanakan beberapa pembaharuan yang diperlukan pesawah negara ini. Felo Kanan IDEAS, Prof. Datin Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.

COVID-19 | Angka korban global kini melepasi 2.5 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.5 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 507 ribu kes.

Program Bakat SIC | Josiah Ng dilantik jurulatih
Bekas rakan sepasukan Azizul, Josiah Ng dilantik sebagai jurulatih prestasi untuk program bakat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan misi memupuk mentaliti juara olimpik dalam kalangan pelumba negara

'Tun M yang sepatutnya ketuai PN, tiada siapa dapat baca fikirannya' - Marzuki
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil peluang untuk mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi.

Tiada sebab UMNO tidak boleh bekerjasama dengan 'musuh', asalkan diterima akar umbi - Najib
Najib berkata, UMNO terbuka dengan semua pilihan, selagi ia diterima baik oleh pemimpin dan akar umbi.

Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ini bukan kali pertama perbicaraan bekas timbalan perdana menteri tersebut membabitkan dana Yayasan Akalbudi terpaksa ditangguhkan atas sebab sama.

Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin
Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah 'dibuli' oleh saingan politiknya.

Demokrasi Malaysia telah 'dikafankan' selepas Parlimen digantung - Zahid Hamidi
Presiden UMNO tegaskan, penggantungan Parlimen juga menyebabkan suara rakyat yang dibawa oleh setiap Ahli Parlimen seolah-olah ditutup.

Zahid nafi UMNO pernah bincang wujudkan kerjasama dengan DAP
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti itu pernah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP.

Zahid dedah pembentukan kerajaan PN berdasarkan satu undi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja.

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO positif COVID-19
Beberapa pemimpin atasan UMNO dikhabarkan terus membuat ujian saringan selepas mendapat berita tersebut

Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.

UMNO Sabah tumpu usaha pacu ekonomi, membangun rakyat - Bung
UMNO Sabah yakin mampu untuk memacu ekonomi dan membangun rakyat melalui usaha bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).