awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2021
02:59 MYT
RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
Pengasas Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Marzuki Yahaya menunjukkan salinan dokumen pendaftaran parti selepas menyerahkan permohonan kepada RoS, 19 Ogos, 2020. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerusi satu surat yang dikeluarkan pada Rabu.
Politik | RoS tolak permohonan PEJUANG jadi parti politik
Perkara tersebut disahkan peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali, menurut laporan theedgemarkets.com hari ini.
Menurut Muhammad Rafique, pihaknya menerima surat tersebut pada jam 5.45 petang semalam.
Keputusan itu dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual diperdengar di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2 pagi ini.
BACA: Ada pihak cuba halang pendaftaran Pejuang - Mukhriz
BACA: Pendaftaran Pejuang: Apa lagi JPPM mahu? - Tun M
Susulan itu, parti tersebut mungkin akan memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan itu.
"Dengan itu, semakan kehakiman yang dijadual hari ini hanya bersifat akademik kerana kami akan terpaksa membuat rayuan secara terus kepada Menteri Dalam Negeri dalam masa 30 hari selepas keputusan itu, menurut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966," Rafique dipetik berkata.
Pejuang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2020.
Tegas bekas perdana menteri itu, Pejuang bersifat inklusif dan moderat dan akan berbeza dibandingkan parti Melayu dan Pribumi lain.
BACA: Pejuang untuk selesaikan masalah orang Melayu - Dr Mahathir
BACA: Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Topic Berkaitan
#Pejuang
#pendaftaran
#Muhammad Rafique Rashid Ali
#ros
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#semakan kehakiman
#akademik
#mahkamah
#Mahathir Mohamad
#Kementerian Dalam Negeri
#politik
#Mahkamah Rayuan
#JPPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan