Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad berkata anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Datin Seri Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
"Pengiktirafan ini sekali gus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata anugerah sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.
Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 Sept ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.
Alias berkata sebanyak 13 anugerah lain dalam pelbagai kategori juga akan disampaikan pada majlis tersebut.
"Penganugerahan berprestij ini merupakan anjuran bersama UNESCO dan enam tokoh wanita ulung dunia yang terlibat dalam bidang pendidikan, hak asasi manusia, pemerkasaan wanita dan advokasi kewarganegaraan global," katanya.
Turut menerima anugerah ialah Presiden Senegal Macky Sall dan beberapa individu dan aktivis terkemuka dunia dalam memperjuangkan keamanan sejagat seperti Ayub Mohamud dari Kenya, Nicholas Kristof dari New York Times dan Nadia Murad dari Iraq. -- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2016
Anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Datin Seri Rosmah (tengah) dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRU15: "Doa saya semoga suami dapat terus berbakti kepada rakyat" - Muhaini
Muhaini harap Perdana Menteri akan kekal di Bera pada PRU15.
"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah
"Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri" - Nota penghargaan PM buat isteri
Muhaini disifatkan Ismail Sabri sebagai seorang wanita yang sangat sederhana dan kurang gemar menjadi perhatian lensa kamera.
Kes rasuah Rosmah: Pembelaan dakwa saksi beri keterangan bercanggah
Saidi mengakui terdapat transaksi pengeluaran wang sebanyak RM1.5 juta daripada akaun miliknya pada 7 Sept 2016 dan wang berkenaan telah diberikan kepada Rosmah.
Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre akibat keracunan makanan yang ringan sudah semakin pulih.
Gesekan biola Siti Hasmah khas buat Muhammad Adib
Gesekan biola Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang ditujukan khas buat anggota bomba yang terkorban semasa bertugas, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata memukau para penonton konsert "Duo Lagenda".