awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah sorok minyak masak bersubsidi diserbu

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2023
03:21 MYT
Rumah sorok minyak masak bersubsidi diserbu
Hasil pemeriksaan telah menjumpai minyak masak bersubsidi kira-kira 6,120kg dengan nilaian rampasan RM15,300 yang dipercayai akan dibawa ke sempadan negara jiran untuk dipasarkan. - Foto Sinar Harian
BACHOK : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN) menyerbu sebuah rumah di Jalan Teratak Pulai, Kampung Kuchelong, Jelawat, di sini dan merampas 6,120 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi, pada jam 6.30 petang Isnin.
Serbuan tersebut dilakukan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tok Bali, Pasir Putih, semasa Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan.
Pengarah KPDN Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya telah menyerbu sebuah rumah mencurigakan yang dijadikan tempat simpanan transit sementara barang kawalan bersubsidi.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai minyak masak bersubsidi kira-kira 6,120kg dengan nilaian rampasan RM15,300 yang dipercayai akan dibawa ke sempadan negara jiran untuk dipasarkan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, minyak masak bersubsidi tersebut disita bagi siasatan lanjut terhadap pemilikan dan rumah transit sementara tersebut.
Bagaimanapun, tiada pemilikan atau pengakuan dilakukan terhadap barang berkenaan.
Adnan memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan ini, seterusnya akan berhadapan dengan tindakan berat serta denda yang tinggi," katanya.
Beliau menambah, pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil KPDN selanjutnya.- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kpdn
#minyak masak bersubsidi
#Kelantan
#tempat simpanan transit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan