Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri Perak berlangsung meriah dalam suasana berlainan apabila buat julung kali lebih 40,000 tetamu menikmati kemudahan secara percuma di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini pada Jumaat.
Kebanjiran lautan manusia di taman tema itu memberikan kelainan kepada pengunjung apabila menikmati juadah raya dan terhibur dengan persembahan artis di samping kunjungan mereka disambut oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
Berikutan kehadiran tetamu di luar jangkaan daripada sasaran lebih 20,000 pengunjung, majlis yang bermula jam 3 hingga 6 petang itu terpaksa dilanjutkan sehingga 8 malam tadi.
Tetamu yang tiba lebih awal begitu teruja untuk merasai pengalaman percuma hari raya pertama di taman tema itu malah mereka bukan sahaja terdiri daripada rakyat tempatan tetapi juga daripada luar negeri itu.
Menurut Yuki Poong, 27, dari Kuala Lumpur, beliau datang ke Perak pada 1 Syawal semata-mata mahu merasai sambutan rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri di taman tema animasi itu.
"Ini pertama kali saya masuk ke MAPS, apabila saya dapat informasi bahawa di Perak akan adakan rumah terbuka di MAPS saya dan kawan membuat keputusan merasai sambutan Aidilfitri di sini. Memang ini satu kelainan kerana belum ada mana-mana negeri atau tempat yang menyambutnya di taman tema," katanya.
BACA: Kerajaan Perak jamin MAPS tidak akan ditutup
Bagi Wan Roszlan Wan Hassan, 35, beliau berasa terharu kerana kerajaan negeri berani membawa perubahan dengan menganjurkan acara itu secara terbuka di lokasi yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini.
"Siapa sangka tempat yang kita tahu perlu bayar untuk masuk boleh masuk dengan percuma itu pun pada hari raya pertama. Jadi saya bersama lapan anggota keluarga saya memang seronok dapat datang ke sini."
M. Jayaletchumy, 44, berkata beliau dapat melihat keriangan di setiap wajah pengunjung.
"Siapa tidak gembira, sudahlah dapat masuk secara percuma, ada disediakan juga makanan secara percuma. Sesiapa yang masuk sini tentu sekali gembira dapat bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Dalam sidang media kemudian, Ahmad Faizal berkata pelbagai acara dan majlis termasuk sambutan perayaan boleh diadakan di lokasi tumpuan pelancong yang terdapat di negeri ini.
"Kita bukan sahaja ada MAPS, kita ada bulatan Amanjaya, Taman Dr Seenivasagam, taman tema Lost World, Bukit Merah Laketown Resort dan banyak lagi tempat menarik.
"Kalau tempat ini dapat dijadikan lokasi acara pada masa akan datang saya percaya ia akan mengembalikan kegemilangan tempat-tempat tersebut," katanya.
Mengenai sambutan Aidilfitri di MAPS, beliau berkata penganjuran majlis rumah terbuka itu akan dapat membantu mempromosikan lagi taman tema itu.
- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018
Berikutan kehadiran tetamu di luar jangkaan melebihi sasaran 20,000 pengunjung, majlis yang sepatutnya tamat 6 petang terpaksa dilanjutkan sehingga 8 malam. Foto Facebook Movie Animation Park Studios
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.