awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan kuari: Bomba guna anjing pengesan cari dua mangsa tertimbus

Bernama
Bernama
11/03/2022
07:08 MYT
Runtuhan kuari: Bomba guna anjing pengesan cari dua mangsa tertimbus
Kejadian pada 9.15 pagi Selasa lepas itu menyebabkan dua lelaki dipercayai tertimbus iaitu Kheow Loo Siew Soon dan Itam Lasoh manakala dua lagi, Mohd Razli Suhaimi mengalami patah tulang kaki serta Pan Tam hanya cedera ringan. - Gambar fail
IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengenal pasti kedudukan tepat dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Timbalan Komander Operasi JBPM Perak Aidil Adlee Che Mee berkata operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keempat dimulakan pada 9 pagi tadi dengan kekuatan 63 orang termasuk bomba, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
"Operasi hari ini akan dilakukan secara berterusan berikutan cuaca yang baik dan tiada tanda-tanda gelongsoran batu dari struktur bukit yang telah ditanda oleh pihak JMG sebagai struktur yang lemah.
BACA: Runtuhan batu kuari: Operasi mencari dua mangsa tertimbus diteruskan
"Operasi hari ini juga masih tertumpu terhadap usaha mengalihkan bongkah batu besar dengan menitikberatkan faktor keselamatan risiko batu gelongsor dan faktor cuaca. Kali terakhir gelongsoran batu dalam skala kecil direkodkan adalah 4 pagi semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kejadian pada 9.15 pagi Selasa lepas itu menyebabkan dua lelaki dipercayai tertimbus iaitu Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43, manakala dua lagi, Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami patah tulang kaki serta Pan Tam, 38, hanya cedera ringan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#unit anjing pengesan K9
#runtuhan kuari
#SMART
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan