ANKARA: Bank Pusat Rusia pada Selasa mengumumkan pelabur swasta akan dilarang membeli saham syarikat di "negara seteru".

Menurut bank itu, keputusan berkenaan diambil untuk mengurangkan risiko kepada pelabur yang tidak layak, lapor Agensi Anadolu.

"Mulai 1 Januari 2023, pembrokeran perlu menggantung pelaburan daripada pelabur tidak layak demi meningkatkan kedudukan dalam sekuriti penerbit asing dari negara seteru," menurut bank itu.

Institusi kewangan asing boleh menghalang pelupusan aset yang diperoleh tanpa sebarang amaran dan lebih lima juta pelabur rugi akibat halangan itu.

Pembekuan aset yang dikaitkan dengan sekatan bukan hanya menjejaskan pelabur kaya tetapi lebih lima juta orang yang terlibat membeli saham asing semasa ledakan pelaburan runcit pada kemuncak pandemik COVID-19. .

"Amat sukar untuk melindungi hak mereka, susulan penyelesaian kepada permasalahan ini terletak di luar bidang kuasa Rusia," menurut bank itu.

Lebih lima juta orang di Rusia mempunyai saham asing yang dibekukan akibat sekatan Barat.

-- BERNAMA