Kerajaan Sabah akan memanfaatkan kekayaan sumber kelapa sawit di negeri itu dengan bakal memperkenalkan jenama produk minyak masak sendiri bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengeluaran produk minyak masak Sabah itu bakal dipacu menerusi pembinaan kilang minyak masak di kawasan utama penanaman kelapa sawit iaitu Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Keningau yang dijangka pada tahun ini.
Katanya beliau akan mengumumkan jenama itu apabila semua perancangan rapi berhubung usaha pembinaan kilang, pengeluaran dan penetapan harga berjalan lancar.
"Peruntukan bagi membina satu kilang minyak masak dianggarkan menelan belanja RM5 juta. Jenama minyak masak keluaran Sabah ini akan dipromosikan kelak. Ia (akan dijual) pada harga berpatutan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Penampang di sini, pada Khamis.
Mohd Shafie berkata usaha membina kilang minyak masak dan menghasilkan jenama minyak masak Sabah sendiri adalah usaha jangka panjang yang akan dipantau secara berterusan bagi mengenal pasti potensi serta permintaan produk itu di pasaran.
"Sekiranya ada permintaan dan permintaan itu meningkat, kita (kerajaan Sabah) akan menambah (kilang minyak masak)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata, kerajaan Sabah juga telah meluluskan lesen bagi pembinaan sebuah kilang perabot di Kota Marudu selepas sebuah syarikat dari China menyatakan minat untuk melabur dalam sektor perabot di negeri ini dan bergabung dengan pengusaha kilang papan di daerah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
Mohd Shafie Apdal berkata pengeluaran produk minyak masak Sabah itu bakal dipacu menerusi pembinaan kilang minyak masak di kawasan utama di Sabah. - Foto fail/ASTRO AWANI
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pengganti Chow untuk terajui DAP Pulau Pinang diketahui hari ini
Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya.
Chow terus fokus agenda kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak peduli pengkritik
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berikrar akan terus memberikan fokus terhadap agenda pembangunan kerajaan negeri itu walaupun dikritik.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.
Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.
COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.