awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah komited perluas 'Kinabalu UNESCO Global Geopark', 'Rizab Biosfera Crocker Range'

Bernama
Bernama
03/05/2025
13:45 MYT
Sabah komited perluas 'Kinabalu UNESCO Global Geopark', 'Rizab Biosfera Crocker Range'
Hajiji melancarkan perundingan pihak berkepentingan dan komuniti setempat serta ekspedisi saintifik bagi memperluas KUGGP dan rizab biosfera berkenaan di Linangkit Cultural Village. - Gambar Jabatan Ketua Menteri Sabah
TUARAN: Kerajaan Sabah mengulangi komitmen untuk memperluas Geopark Global UNESCO Kinabalu (KUGGP) dan Rizab Biosfera Crocker Range sebagai sebahagian daripada matlamat pembangunan lestari di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha itu selaras dengan kedudukan Sabah sebagai satu daripada tiga lokasi di dunia yang menerima pengiktirafan berprestij "Triple Crown of UNESCO".
"Ini bukan sahaja satu penghormatan, tetapi juga satu tanggungjawab besar. Kita mesti memperkukuh asas saintifik, meningkatkan kesedaran awam, dan memelihara kelestarian sumber asli kita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Hajiji melancarkan perundingan pihak berkepentingan dan komuniti setempat serta ekspedisi saintifik bagi memperluas KUGGP dan rizab biosfera berkenaan di Linangkit Cultural Village di sini.
Ketua Menteri itu berkata cadangan memperluas KUGGP ke daerah Tuaran menerima sokongan penuh kerajaan negeri, dengan mengambil kira kekayaan biodiversiti dan potensi besar ekopelancongan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata perancangan giat dijalankan untuk menubuhkan Pusat Kesedaran Awam atau galeri maklumat di Tuaran bagi memenuhi kriteria UNESCO yang bakal berfungsi sebagai platform pendidikan kepada komuniti setempat.
Hajiji menegaskan bahawa pembangunan taman geologi bukan tertumpu kepada sains dan pemuliharaan semata-mata malah turut merangkumi pemerkasaan ekonomi melalui pelancongan berasaskan geowarisan.
"Kerajaan negeri juga akan menjalankan ekspedisi saintifik tambahan di kawasan Crocker Range, merangkumi daerah Ranau dan Tuaran.
"Ekspedisi Saintifik Geo-Sulaman (EGOS 2025) yang siap baru-baru ini, akan menyediakan data asas bagi pembangunan pelan pengurusan dan bahan pendidikan berkaitan peluasan taman geologi," katanya.
Inisiatif berkenaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, penyelidik, wakil komuniti setempat, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unesco
#KUGGP
#sumber asli
#komuniti setempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan