KOTA KINABALU: Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata sejumlah RM1.51 bilion disumbangkan oleh pelaburan dalam sektor pembuatan yang amat menggalakkan dan menunjukkan segmen itu terus berkembang sebagai antara pemacu penting bagi ekonomi negeri itu.
Dalam ucapan Dasar Kerajaan Bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 di sini hari ini, beliau berkata ini termasuk usaha syarikat SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd yang mengembangkan pelaburan di Sabah menerusi anak syarikat, Curix Sdn Bhd dalam pembuatan kilang pemprosesan butiran tembaga dengan nilai pelaburan berjumlah RM300 juta.
"Pada 2024, Kerajaan Negeri akan memperkasa Pasukan Petugas Khas Pelaburan Pembuatan untuk memastikan semua cadangan pelaburan diluluskan dapat direalisasikan serta dipercepat pelaksanaannya.
"Perindustrian dan pelaburan terus menjadi pemacu kepada ekonomi negeri dengan sumbangan amat menggalakkan ke atas ekonomi negeri," katanya.
Tun Juhar berkata tumpuan akan terus diberikan kepada pelaksanaan inisiatif bagi meningkatkan keyakinan pelabur dalam bidang berpotensi seperti produk teknologi hijau, industri hiliran biojisim dan sumber mineral, pemprosesan dan pembuatan makanan serta peranti perubatan.
"Inisiatif lain adalah penyediaan dan pelaksanaan dasar serta hala tuju bagi sektor ini, termasuk penyediaan Pelan Induk Pembangunan untuk dua Taman Perindustrian baharu di Kota Belud dan Kimanis serta pelaksanaan Dasar Industri Biojisim Sabah," katanya.
Menyentuh aspek hasil, beliau berkata 2023 turut menyaksikan kejayaan Sabah memungut hasil tertinggi iaitu RM6.974 bilion berbanding RM6.960 bilion pada tahun sebelumnya.
Selain pembuatan, katanya, sektor pelancongan terus menunjukkan trend pemulihan memberangsangkan pada tahun lepas dengan pertambahan ketibaan pelancong kepada 2.61 juta orang berbanding 1.72 juta orang pada 2022.
Malah, bagi tahun ini, kerajaan negeri menyasarkan ketibaan sehingga tiga juta pelancong yang akan dicapai menerusi usaha merancakkan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan berimpak tinggi, termasuk pemberian insentif kepada pemain industri.
"Promosi dan kempen pemasaran pelancongan yang agresif akan diteruskan dengan memberi tumpuan kepada pelbagai program berimpak tinggi seperti kempen kebolehlihatan lebih tinggi yang terbukti mampu mengembangkan segmen pasaran khusus serta memberi pulangan tinggi," katanya.
Tun Juhar berkata kerajaan negeri Sabah juga sentiasa memberi tumpuan bagi membangun dan menyediakan infrastruktur serta fasiliti di kawasan pelancongan, khususnya di luar bandar, termasuk kawasan Taman-Taman Sabah dan Muzium Sabah sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Tun Juhar berkata tumpuan akan terus diberikan kepada pelaksanaan inisiatif bagi meningkatkan keyakinan pelabur dalam bidang berpotensi. - Gambar Bernama
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.