KUALA LUMPUR: Harga saham-saham Gamuda Bhd meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, didorong oleh laporan media mengenai cadangan pengambilalihan tanah kediaman dan komersial oleh Gamuda Land Sdn Bhd di Vietnam.
Pada 10.36 pagi, harga saham Gamuda naik dua sen kepada RM4.49 dengan sejumlah 668,900 saham saling berpindah tangan.
Media semalam melaporkan bahawa cabang hartanahnya, Gamuda Land telah memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Tam Luc Real Estate Corporation yang memiliki tanah berkeluasan 3.68 hektar di Ho Chi Minh City (HCMC) pada harga kira-kira RM1.47 bilion.
Kenanga Research, cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, telah mengekalkan saranan 'outperform' ke atas kumpulan itu susulan pengambilalihan tersebut yang dijangka memperkukuh kehadiran Gamuda di Vietnam.
"Ini adalah sebahagian daripada pelan pengembangan di Vietnam serta antara strategi projek pemulihan yang pantas dengan menumpukan usaha perancangan berterusan bagi menjana pulangan dengan potensi pelaburan dalam tempoh lima tahun," katanya.
Sementara itu, CGS-CIMB pula menyifatkan cadangan pengambilalihan itu sebagai peluang untuk Gamuda mengukuhkan kedudukannya di HCMC berikutan projek pembangunan 82 hektar milik Celadon City - Gamuda Land, kini di peringkat akhir baki dengan nilai pembangunan kasar RM389 juta.
Projek tersebut terletak 12 kilometer dari pusat kewangan perniagaan di HCMC.
"Risiko pelaksanaan dapat dikekang kerana ini merupakan projek keenam Gamuda di Vietnam dan kesemua aspek kelulusan perancangannya juga sudah diperoleh.
"Ini membolehkan Gamuda mencapai hasrat untuk menggandakan prajualan bernilai RM4 bilion dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang," katanya yang membuat gesaan 'beli' saham Gamuda pada harga sasaran RM5.58.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Pada 10.36 pagi, harga saham Gamuda naik dua sen kepada RM4.49 dengan sejumlah 668,900 saham saling berpindah tangan. - Foto Gamuda
Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan
UMS diarah membuat laporan polis sekiranya tuduhan jahat yang cuba mengaitkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu dengan penyelewengan dana RM5 juta tidak dihentikan.
Kerajaan baiki kelemahan pelaksanaan
Kerajaan memperbaiki kelemahan pelaksanaan program subsidi diesel bersasar bagi memastikan golongan yang layak tidak terkesan.
Indonesia lancar tindakan tegas terhadap judi dalam talian, sekat hampir 3 juta laman sesawang
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia telah melancarkan kempen besar-besaran terhadap perjudian dalam talian.
Adik Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy
Mempunyai perwatakan autistik antara faktor adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sheikh Maher: Kenali penyampai khutbah Arafah tahun ini
TAHUN ini, Sheikh Maher bin Hamad Al-Muaiqly, Imam Besar Masjidil Haram, Makkah, diberi tanggungjawab untuk menyampaikan khutbah Arafah pada hari ini.
MC Baba, jadi 'rapper' bisu dan pekak pertama dari Congo
Keunikan yang dimiliki MC Baba yang menyampaikan mesej sesebuah lagu melalui bunyi, isyarat muka dan tangan yang bertenaga - nyata telah memikiat hati ramai pencinta muzik.
AWANI Ringkas: Jika terancam keluarga boleh lapor polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terbuka Australia BWF: Lee Zii Jia sahkan tempat sebagai calon juara
Hanya selangkah lagi bagi mengesahkan perseorangan lelaki sensasi negara Lee Zii Jia sebagai juara di Terbuka Australia 2024.
Pembantu Indonesia dilayan macam hamba, tidak dibayar gaji diselamatkan
Tidak pernah menerima gaji antara enam bulan hingga dua tahun sepanjang bekerja antara nasib dialami 17 pembantu rumah warga Indonesia sebelum diselamatkan di Shah Alam.
Itali, Perancis berbalah isu pengguguran bayi
Ketegangan memuncak antara Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa sidang kemuncak G7 di Itali akibat perselisihan mengenai isu pengguguran kandungan, lapor Agensi Anadolu memetik media Itali.
Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan
Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'positif' bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan.
Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang
RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.
Kumpulan Gamuda perkasakan inovasi serantau dengan Google Cloud AI
Ia memperkasakan pekerja Gamuda untuk jadi lebih efisien dan inovatif dalam menyampaikan projek kejuruteraan, pembinaan dan infrastruktur awam.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Gamuda meterai perjanjian JV bangunkan loji janakuasa hidroelektrik di Sabah
Ia bertujuan membangunkan Loji Janakuasa Hidroelektrik Upper Padas di Tenom, Sabah dengan anggaran kos projek berjumlah RM4 bilion.
Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam
Harga saham-saham Gamuda Bhd meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, didorong oleh laporan media mengenai cadangan pengambilalihan tanah kediaman dan komersial oleh Gamuda Land Sdn Bhd di Vietnam.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
ALR capai persefahaman dengan Kesas, Sprint, Litrak berhubung tuntutan waranti - Gamuda
Gamuda berkata Kesas bersetuju menerima tuntutan ALR berkenaan fi tinjauan dan penggantian kenderaan berjumlah RM1.25 juta.
Gamuda sasar projek pembangunan pam hidro di Australia
Pelan RE Gamuda telah melebihi sempadan Malaysia yang menyaksikan Australia sebagai pasaran terpenting dan utama bagi kumpulan itu.
Gamuda peroleh kontrak projek kereta api bawah tanah di Taiwan
Projek yang mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan itu akan dilaksanakan oleh usaha sama 60:40 tidak diperbadankan yang terdiri daripada Gamuda dan AWEC.