PUTRAJAYA: Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ini selepas Peguam Kanan Persekutuan Zahilah Mohammad Yusoff yang mewakili pengarah hospital, ketua pengarah kesihatan, Kementerian Kesihatan, kerajaan Malaysia serta pengarah kesihatan negeri Johor bersetuju untuk menarik balik permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu.
Mereka ingin merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Februari tahun lepas yang membatalkan saman itu.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, kemudian membatalkan permohonan kebenaran merayu.
Dua lagi hakim itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Dalam prosiding hari ini yang diadakan secara dalam talian, Mohamad Zabidin memberitahu Zahilah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan semasa kerajaan memohon kebenaran untuk merayu adalah interlokutori melibatkan isu mengenai statut had.
Hakim itu berkata mahkamah tidak memberikan kebenaran untuk perkara berkaitan interlokutori dan menyoal Zahilah sama ada lebih baik perbicaraan diteruskan di Mahkamah Tinggi dan kerajaan boleh berhujah mengenai isu berkaitan Akta Prosiding Kerajaan dan statut had memandangkan perbicaraan belum bermula.
Hakim Abu Bakar berkata adalah lebih baik isu itu diselesaikan di Mahkamah Tinggi berbanding kerajaan meneruskan permohonan kebenaran merayu kerana keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu.
Peguam S. Gunasegaran yang mewakili ibu bapa mangsa berkata kerajaan tidak akan diprejudis dan dihalang daripada berhujah mengenai statut had di Mahkamah Tinggi.
Zahilah kemudiannya bersetuju untuk menarik balik permohonan kebenaran merayu itu.
Ibu bapa kepada tiga pesakit itu iaitu Logeswaran Krishnasamy, Choo Lin Fong, dan Kaliama Muniandy, memfailkan saman tersebut pada 2019, mendakwa kecuaian pihak hospital dan kerajaan berhubung kebakaran yang berlaku pada 25 Okt 2016 di wad unit rawatan rapi hospital. Enam pesakit maut dalam kebakaran itu.
Pada 3 Mei lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh ibu bapa tiga pesakit itu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Februari tahun lepas yang membatalkan saman mereka.
Mahkamah Tinggi membatalkan saman mereka atas alasan "halangan masa"'. Seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 mengenakan statut pengehadan tiga tahun ke atas tindakan undang-undang atau pendakwaan individu yang menjalankan tugas awam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Pada 3 Mei lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh ibu bapa tiga pesakit itu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Februari tahun lepas yang membatalkan saman mereka. - Gambar fail
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.
Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan
Kerajaan Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mengatasi kesesakan.
20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.
Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna
Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari.
Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.
Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.
Penambahan petugas tingkatkan kecekapan operasi HSI, HSA - MB Johor
Seramai 243 petugas kesihatan akan ditambah melibatkan pegawai perubatan dan jururawat di kedua-dua hospital itu selain dua wad di HSI yang ditutup sebelum ini telah kembali beroperasi semula.