Bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu bersedia untuk menjadi 'orang tengah' bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu sejak Disember lepas.
Samy Vellu, yang kini Duta Khas Infrastruktur negara ke India dan Asia Selatan, berkata beliau hanya akan bertindak demikian jika diminta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional.
Beliau berkata sebagai hanya anggota biasa MIC, adalah kurang sesuai untuk dirinya mengulas lanjut mengenai konflik yang melanda parti itu.
"Sebagai bekas presiden kalau saya cakap pasal mereka ia akan menjadi isu besar, jadi berdiam diri lebih baik, biar mereka uruskan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil ke-9 oleh Najib di Universiti Malaya hari ini.
Persidangan empat hari bermula semalam itu dirasmikan oleh Najib, telah menghimpunkan sarjana dan pakar bahasa dan sastera Tamil untuk berkongsi pendapat bagi memperkasakan bahasa tersebut.
Samy Vellu berkata biarlah Perdana Menteri meneliti masalah MIC dan jika beliau kata "Samy Vellu panggil (pemimpin) parti dan bincangkan, dengan itu baru saya boleh bincangkan."
Beliau yang juga berharap dengan campur tangan Perdana Menteri, ia dapat menyelesaikan kemelut parti itu, dan seterusnya menyelamatkan anggota parti yang memperjuangkan nasib kaum India itu daripada berpecah-belah.
Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1981 turut menasihatkan barisan kepimpinan parti itu supaya sentiasa memberi keutamaan kepada parti dan komuniti masyarakat India melebihi kepentingan diri sendiri.
Perbezaan pendapat timbul dalam MIC selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 5 Dis lepas mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat dalam tempoh 90 hari.
Arahan itu susulan dakwaan wujud perkara yang melanggar peraturan dalam pemilihan pada mesyuarat agung MIC ke-68 di Melaka pada 30 Nov 2013.
Menyentuh mengenai persidangan itu, Samy Vellu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur berkata persidangan tersebut dijangka dapat memberi impak positif terhadap perkembangan bahasa dan sastera Tamil di negara ini dan seluruh dunia.
"Dengan sokongan Perdana Menteri tunjukkan hari ini, saya yakin persidangan ini bakal memberi nafas baharu kepada sekolah-sekolah dan pelajar Tamil di Malaysia," katanya.
Bernama
Fri Jan 30 2015
SAMY VELLU: Saya hanya akan bertindak demikian jika diminta Perdana Menteri. -Gambar Fail
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
India nasihat rakyatnya supaya tinggalkan Syria
India mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.