awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak dan Sabah hanya mahu hak dikembalikan - Abang Johari

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
16/09/2020
15:03 MYT
Sarawak dan Sabah hanya mahu hak dikembalikan - Abang Johari
Abang Johari berkata demikian dalam ucapannya sempena sambutan Hari Malaysia 2020 di Sibu.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berjaya menyelesaikan beberapa tuntutan Sarawak dan Sabah.
Jelasnya kedua-dua negeri itu hanya mahukan hak-hak yang hilang dikembalikan kepada mereka.
“Sarawak dan Sabah pastinya hanya mahu kuasa-kuasa yang terhakis, secara sengaja atau tidak sengaja, dikembalikan. Itu sahaja, nothing more and nothing less,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena sambutan Hari Malaysia 2020 di Sibu.
Setakat ini katanya, beberapa perkara telah berjaya diselesaikan termasuk obligasi kewangan Persekutuan di bawah senarai bersama diangkat dan dibincangkan di dalam Majlis Kewangan Negara.
Selain itu, perkara lain yang berjaya diselesaikan adalah semakan semula pemberian khas kewangan kepada negeri; royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum dan perkara berkaitan minyak dan gas;
Kuasa pembekalan gas juga sudah diberi kepada negeri Sarawak; pemantapan kolaborasi antara kerja raya Persekutuan dan negeri; memberi kuasa kepada negeri untuk membuat peraturan-peraturan tenaga buruh di bawah Ordinan Buruh;
Penubuhan Jawatankuasa Khas Kesihatan untuk membincangkan perkara berkaitan dengan isu kesihatan di Sarawak; perwakilan kuasa pelancongan kepada negeri dilaksanakan secara kes demi kes;
Pemberian kuasa penuh secara berfasa di bawah subjek alam sekitar dibuat kepada kerajaan Negeri berdasarkan peruntukan di bawah 95C tanpa memerlukan sebarang pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Abang Johari
#dikembalikan
#kerajaan
#Ketua Menteri
#kuasa yang hilang
#minyak
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#petroleum
#Sabah
#Sarawak
#tuntutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan