KAPIT: Sarawak mengiktiraf peranan yang dimainkan belia dalam pembangunan negeri itu ke arah mencapai aspirasi sebagai Sarawak Maju 2030.
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata, belia yang memaksimumkan inovasi dan teknologi digital, dapat mengoptimumkan pencapaian keberkesanan bidang mereka ke arah mencapai aspirasi tersebut dan menjadikan belia Sarawak, belia yang bertaraf dunia.
Beliau berkata, selaras Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030), Kerajaan Sarawak telah menyediakan asas dan hala tuju yang jelas untuk golongan belia meneruskan kecemerlangan tidak kira di dalam bidang sukarelawan, bidang pembangunan ekonomi, bidang sukan, bidang industri kreatif dan lain-lain bidang lagi.
Sarawak yang memerlukan bakat baharu berteraskan inovasi dan teknologi digital menyedia dan merangka program yang berimpak tinggi, dengan menerapkan inovasi dan teknologi digital dalam kalangan usahawan belia Sarawak, yang dinamakan sebagai Youth Technopreneur.
"Pembangunan Youth Technopreneur, bertujuan bagi melengkapkan belia dengan komponen teknologi yang merupakan perniagaan baharu masa kini. Saya percaya usahawan belia beroperasi melalui kepakaran teknologi, akan lebih memudahkan belia merangka strategi holistik dan mampu membuat keputusan berkaitan perniagaan dilaksanakan," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, semasa perasmian Hari Belia Sarawak 2023 di Dewan Suarah Kapit, di sini pada Sabtu.
Abang Johari berkata, perjuangan untuk membangun dan memajukan Sarawak masih belum tamat dan untuk itu beliau mengingatkan belia di wilayah itu, untuk menanamkan kata-kata azimat pahlawan Sarawak 'Agi Idup Agi Ngelaban', di mana-mana mereka berada untuk memperhebatkan Sarawak di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Beliau turut memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah memaklumkan kepadanya bahawa konsep perpaduan dan multiculturalism (faham pelbagai budaya) yang wujud di Sarawak sangat kuat.
"Sememangnya saya amat berbangga dengan semangat perpaduan, faham pelbagai budaya dan keterbukaan yang tinggi terutama dalam kalangan belia, sekali gus mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Kekalkan keunikan dan keharmonian kita di Sarawak," katanya.
Pelbagai acara menarik melibatkan belia diadakan pada sambutan tersebut yang bermula semalam dan berakhir esok termasuklah sukan ekstrem, persembahan pentas, gerai usahawan belia, perkhemahan dan e-sukan. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023
Kerajaan Sarawak telah menyediakan asas dan hala tuju yang jelas untuk golongan belia meneruskan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. - Gambar hiasan
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.