Sarawak melakar sejarahnya tersendiri apabila menjadi negeri pertama di rantau Asia Tenggara membangunkan loji pengeluaran hidrogen dan stesen pengisian bahan api itu.
Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Openg berkata, projek itu dilaksana Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama Linde Malaysia Sdn Bhd dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2019.
Bercakap pada majlis pecah tanah projek perintis itu pada Ahad, Abang Johari berkata, loji tersebut beroperasi secara automatik bagi meminimumkan tenaga kerja.
"Saya harap projek ini dapat menjadikan Sarawak sebagai negeri pengeluar dan pengeksport tenaga hijau dunia pada masa akan datang.
"Industri gas berubah kerana keperluan mempunyai persekitaran bersih pada hari ini," katanya.
Katanya lagi, sebelum ini, Sarawak menghasilkan oksigen dan gas asli cecair (LNG).
"Dan mungkin satu hari nanti kita jadi pengeluar utama hidrogen ke pasaran dunia terutama jika dapat menghasilkannya di negeri ini selain mengubah lanskap industri menjadi pengeksport gas bersih," ujarnya.
Abang Johari berkata, projek itu signifikan dengan apa dijanjikan sebelum ini iaitu tenaga hidrogen bagi Sarawak.
Justeru usahasama SEB dengan Linde disifatkan tepat dalam meneroka potensi industri gas hidrogen di dunia.
Abang Johari juga menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara dua syarikat berkenaan yang akan fokus kepada aspek penerokaan di samping menjalankan kajian teknikal bersama untuk menilai teknologi keseluruhan.
Hadir sama, Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Pengerusi SEB, Datuk Amar Hamed Sepawi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Sharbini Suhaili serta Ketua Unit Perniagaan Wilayah Linde, Rob Hughes.
Rohana Wahed
Sun Jul 29 2018

Abang Johari (tengah) melihat model bangunan loji pengeluaran hidrogen yang dijangka siap pada suku pertama 2019. - Astro AWANI

Vaksin Pfizer | Pengasas Pfizer-BioNTech terima Darjah Kebesaran oleh Jerman
Pengasas syarikat farmaseutikal, Pfizer-Biontech Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci akan dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman. Pejabat Presiden memaklumkan pasangan itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan negara itu.

Malaysia Prihatin: Walaupun diuji pandemik, kerajaan utamakan rakyat
Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diuji ketika seluruh dunia termasuk Malaysia berhadapan pandemik COVID-19. Namun pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu untuk membantu setiap lapisan masyarakat dan memulihkan ekonomi ternyata memberi impak positif.

Malaysia-AS | Brian Mcfeeters duta baharu AS ke Malaysia
Bekas Kaunselor Politik Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia Brian Mcfeeters kini dilantik menjadi duta, menggantikan Kamala Shirin Lakhdhir. Dalam kenyataan media hari ini, kedutaan Amerika memaklumkan, Mcfeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun, iaitu antara 2009 hingga 2011.

Climate action in your area! Blackpink dilantik duta isu perubahan iklim PBB
Blackpink menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri Britain Boris Johnson yang menjemput mereka sebagai duta di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB Ke-26.

AWANI Ringkas: Sebar berita palsu berkait vaksin, tindakan tegas dikenakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

27 Februari Hari NGO Sedunia

Vaksin Sinovac diberikan kepada setiap peringkat umur
China mempunyai alasan mengapa tidak menggunakan vaksin sinovac atau mana-mana vaksi buatanya kepada individu berusi 60 tahun ke atas pada peringkat awal.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.

Wanita antara lima juruterbang 'terbangkan' vaksin Sinovac ke Malaysia
Nur Waie Hidayah diberi peranan mengendalikan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbangan dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kejayaan hasil vaksin COVID-19, pasangan saintis dianugerah darjah tertinggi Jerman
Sahin dan Tureci dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Ksatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.

Abang Johari disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Sarawak bermula
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer, BioNTech.

Abang Johari, bakal jadi individu pertama terima vaksin di Sarawak
Pemilihan Abang Johari sebagai individu pertama menerima vaksin Pfizer-BioNtech diharap dapat memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu.

Abang Johari bakal penerima vaksin COVID-19 pertama di Sarawak - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas maklumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menjadi penerima vaksin COVID-19 yang pertama di Sarawak

KM Sarawak dan isteri hadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina secara maya
Prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang tidak membenarkan penganjuran rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina bukan penghalang untuk sambutan itu diraikan secara maya.

Sistem pendidikan sekolah Cina tidak harus diabai - Abang Johari
Abang Johari menyeru kaum lain merenung sejenak bagaimana masyarakat Cina begitu mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Darurat menidakkan PRN Sarawak pada awal Ogos - Abang Johari
Pengisytiharan Proklamasi Darurat seluruh negara menidakkan kemungkinan diadakan pilihan raya bagi Negeri Sarawak dalam waktu terdekat.

10 unit tambahan mesin bantuan pernafasan untuk Hospital Sibu
Kerajaan Sarawak akan membekalkan 10 unit mesin bantuan penafasan di Hospital Sibu sebagai tambahan kepada tiga mesin sedia ada.

COVID-19: Sarawak tanggung kos bawa pesakit dari rumah panjang ke pusat kuarantin
Kerajaan Sarawak sedia menanggung kos membawa pesakit COVID-19 di rumah panjang pedalaman ke pusat kuarantin bagi elak penghuni lain dijangkiti.

Keperluan lanjutkan BKSS akan ditentukan sebuah jawatankuasa - Abang Johari
Keperluan untuk melanjutkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 akan dipantau sebuah jawatankuasa sekiranya penularan COVID-19 masih berlarutan di Sarawak.

BKSS 5.0: Ini hadiah Abang Jo buat orang Sarawak!
Sarawak hari ini mengumumkan lanjutan bantuan kepada rakyat negeri itu yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana banjir.