Sarawak akan memperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk diagih-agihkan sebagai modal teroka bagi membantu memajukan golongan usahawan dalam sektor pertanian luar bandar.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ia akan dilaksanakan pada tahun depan bagi menyokong dasar kemajuan keusahawanan sektor pertanian luar bandar di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.
"Kalau kita ada peladang contoh waktu kita adakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, kita akan berikan modal teroka ini kepada mereka untuk meneruskan usaha mereka dalam bidang pertanian," katanya ketika berucap pada majlis ramah tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di sini malam tadi.
Abang Johari berkata usaha kerajaan negeri untuk menaik taraf kelajuan internet juga bertujuan membantu golongan usahawan sektor pertanian luar bandar memasarkan produk mereka melalui ekonomi digital, cara baharu yang dirancang bagi membangunkan ekonomi Sarawak.
"Maka dengan ini sektor pertanian luar bandar dapat ditingkatkan sebab semua kita gunakan teknologi ini dan boleh memasarkan produk kita sehingga ke luar negara dan mampu memperoleh pendapatan tinggi," jelasnya.
Sementara itu, ketua menteri berkata kerajaan negeri akan menjadikan takungan air empangan-empangan elektrik hidro sebagai bahan mentah untuk bekalan air bersih di kawasan luar bandar Sarawak.
Menurutnya, penggantungan kepada sumber air sungai sebagai bahan mentah bekalan air bersih tidak lagi sesuai pada hari ini kerana ia terdedah kepada pencemaran akibat sungai kotor selain menghadapi risiko kekurangan air.
"Kalau dahulu kita dapat air dari sungai-sungai tetapi sekarang dari empangan elektrik hidro Batang Ai, Murum dan Baleh di mana takungan air boleh digunakan sebagai bahan mentah dan dirawat yang kemudian dibekalkan ke rumah-rumah panjang, sekolah-sekolah dan kampung di luar bandar.
"Ini adalah cara baharu dan kita akan membina rangkaian grid paip untuk salurkan air bersih kepada masyarakat luar bandar termasuk sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan bekalan air bersih," jelasnya.
Abang Johari berkata kerajaan negeri terus komited untuk terus menaik taraf lebih 1,000 sekolah daif luar bandar termasuk 460 sekolah yang dalam keadaan sangat kritikal, kebanyakannya tidak mempunyai prasarana manakala guru-guru pula tidak mempunyai tempat tinggal yang baik.
Beliau berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan sendiri terlebih dahulu bagi menaik taraf sekolah-sekolah berkenaan dan akan menuntut bayaran daripada kerajaan pusat peruntukan yang dibelanjakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
ABANG JOHARI: Usaha kerajaan negeri untuk menaik taraf kelajuan internet juga bertujuan membantu golongan usahawan sektor pertanian luar bandar memasarkan produk mereka melalui ekonomi digital.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.