awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching

Bernama
Bernama
15/05/2024
11:45 MYT
Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Abang Johari berkata cadangan pembinaan lapangan terbang baharu itu mengambil kira jumlah trafik yang tinggi serta keadaan bangunan lapangan terbang sedia ada. - Gambar fail/Astro AWANI
KUCHING: Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata lapangan terbang baharu itu penting bagi menyokong perkembangan industri penerbangan di Sarawak terutama dengan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Kerajaan Sarawak.
"Pelabuhan dan lapangan terbang merupakan pemacu penting pembangunan serantau dan integrasi ekonomi global, dengan penambahbaikan menyeluruh rangkaian pengangkutan dan logistik, Sarawak bersedia menjadi hab serantau yang penting bagi kesalinghubungan negara-negara Asia Tenggara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.
Abang Johari yang ditemui pemberita selepas itu berkata cadangan pembinaan lapangan terbang baharu itu mengambil kira jumlah trafik yang tinggi serta keadaan bangunan lapangan terbang sedia ada.
"Dana untuk membina lapangan terbang itu akan kita bincang dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), sama ada mereka berminat nak jadi rakan kongsi atau bagaimana," katanya.
Pada 11 April lepas, Abang Johari dilapor berkata proses pengambilalihan MASwings oleh Kerajaan Sarawak sedang berlangsung selepas dipersetujui secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aviation Group.
Sementara itu beliau berkata Kerajaan Sarawak sedang menjalankan kajian kejuruteraan untuk pembangunan pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang, Gedong di selatan negeri itu bagi memacu Sarawak sebagai hab perdagangan serantau dan hab tenaga wilayah selatan.
"Bagi memastikan kecekapan operasi maksimum, kita mesti melengkapkan pelabuhan dengan infrastruktur terkini termasuk keupayaan pengendalian kargo yang maju," katanya.
Abang Johari berkata Sarawak bakal mengeluarkan bahan api hijau untuk perkapalan sekali gus menjadikan negeri itu sebagai hab serantau untuk pengisian bahan api hijau serta koridor utiliti bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negeri Sarawak
#lapangan terbang antarabangsa baharu
#Abang Johari Tun Openg
#Kuching
#MASWings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan