KUCHING: Sarawak dijangka terus membangun tahun ini memandangkan kerajaan negeri menyasarkan untuk mengambil alih satu lagi entiti yang akan merancakkan sektor perniagaan dan keusahawanan.
Tanpa mendedahkan entiti terlibat, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengambilalihan itu akan diumum dalam tempoh sebulan dua ini dan ia merupakan satu daripada tiga entiti utama yang akan menjadi milik penuh negeri tahun ini.
"Terdapat tiga perkara yang kita akan ambil alih pada 2024. Satu sudah (Pelabuhan Bintulu), yang kedua tunggu nanti saya bagi tahu dan yang ketiga sudah tentu, MASWings Sdn Bhd. Kemudian (selepas pengambi alihan), kita akan mempunyai keseluruhan sistem ekonomi untuk Sarawak," katanya keada pemberita di sini pada Jumaat.
Terdahulu, ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2024, Abang Johari memberi bayangan bahawa kerajaan negeri sedang merancang untuk membantu perniagaan tempatan dan komuniti usahawan, serta menambah akan ada berita gembira buat mereka.
"... saya tak dapat umumkannya hari ini. Kita mesti mempunyai entiti strategik untuk kita berkembang maju. Dulu saya ada mohon untuk lesen bank digital (tetapi ditolak), jadi saya rasa ini satu rahmat untuk kita," katanya.
Pada 2022, dilaporkan Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan tidak meluluskan permohonan Kerajaan Sarawak untuk memperoleh lesen bank digital.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Abang Johari berkata, pengambilalihan itu akan diumum dalam tempoh sebulan dua ini dan ia merupakan satu daripada tiga entiti utama yang akan menjadi milik penuh negeri tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju
Berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
KPDN Sarawak tetapkan 18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri
KPDN Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
Sistem pengairan titisan CENTEXS bantu tingkatkan SSL beras Sarawak
Teknik ini menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip dan pemancar.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.