Ketua Penerangan PKR Perak, Siti Aishah Shaik Ismail mengesahkan beliau masih belum menerima sebarang tawaran dari mana-mana pihak untuk menjadi penasihat Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.
Katanya, ketika ini beliau mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak mendesak mana-mana pihak untuk mempercepatkan tawaran terbabit walaupun Ahmad Faizal pada 5 Julai lalu mengumumkan akan melantiknya untuk jawatan terbabit.
"Buat masa sekarang saya tidak dapat sebarang informasi daripada pihak Menteri Besar dan pihak berkaitan.
"Saya tak menerima sebarang panggilan telefon atau butiran tentang perlantikan itu dan saya pun tidak bertanya atau mendesak untuk mempercepatkan urusan kerana saya hanya fokus urusan parti buat ketika ini," katanya pada sidang media Penamaan Calon Pemilihan PKR negeri, di sini pada Ahad.
Siti Aishah menambah, jika ditawarkan jawatan itu beliau bersedia untuk menerimanya namun perbincangan dengan pihak terlibat akan diadakan terlebih dahulu bagi memastikan tiada pertindihan kuasa berlaku.
"Saya boleh menerima tawaran itu tetpai beberapa perkara perlu diteliti bersama Menteri Besar, saya tak mahu dilihat bertindih dengan tugasan exco sedia ada.
"Kalau berlaku panggilan saya sendiri akan hadir terlebih dahulu jumpa dengan Menteri Besar dan barisan exco kerajaan negeri supaya penyelarasan kerja itu berlaku, saya tak mahu dikata menganggu kerja mana-mana pihak," jelasnya.
Pada 5 Julai lalu, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak mengumumkan akan melantik Siti Aishah selaku penasihat Menteri Besar bertaraf exco selepas menarik diri daripada pencalonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Dalam perkembangan mengenai penamaan calon pemilihan PKR negeri, dijangkakan sehingga 2,000 pencalonan akan diterima membabitkan 24 cabang seluruh Perak hari ini.
Setiap cabang sebanyak 46 jawatan akan dipertandingkan melibatkan jawatan ketua, timbalan ketua, naib dan 15 ahli jawatankuasa serta masing-masing 18 jawatan untuk sayap wanita dan Angkatan Muda Keadilan.
Shafiq Noordin
Sun Aug 05 2018
SITI AISHAH: Saya boleh menerima tawaran itu tetpai beberapa perkara perlu diteliti bersama Menteri Besar. - Foto: Facebook Siti Aishah Shaik Ismail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.