Selepas 27 hari dalam tahanan, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos menzahirkan rasa insaf dan berterima kasih atas hukuman yang diterima serta menyifatkan ia pengalaman paling berharga seumur hidup.
Menurutnya, situasi dalam tahanan membuatkan beliau lebih positif dan kental berdepan kehidupan yang serba kekurangan.
"Apabila dibukakan saja pintu sel itu saya rasa macam masuk dalam kubur. Penjara itu ukurannya sedepa dan panjangnya dua depa setengah.. di situlah bilik air, mandi dan tempat tidur.
"27 hari saya duduk tidak ada kebebasan. Alhamdulillah, bagi saya, kalau saya masuk dalam kubur tanpa persekitaran. Di situ saya diberi kesempatan, kesedaran dan keinsafan yang sangat luar biasa yang saya bertekad untuk perbaiki lagi ilmu, solat, al-Quran saya
"Bagi saya, Alhamdulillah saya dipenjarakan 27 hari, saya dapat keinsafan, pelajaran dan manfaat yang sangat berguna," katanya ditemui pada Majlis Doa Selamat dikediamannya di sini, semalam.
BACA: 'Saya selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
BACA: Individu tawar RM10,000 untuk sesiapa berjaya jejak Jamal
BACA: Jamal Yunos ditangkap ketika sedang gunting rambut
Tambah beliau, situasi itu juga membuatkannya membayangkan kekentalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima hukuman penjara selama berbelas tahun.
"Saya simpati pada rakan lain.. bagaimana keadaan mereka terpenjara. Saya juga kagum memikirkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh sekuat itu selama berbelas tahun dipenjara. Beliau cukup kuat untuk reda," katanya.
Dalam pada itu, Jamal memohon agar dipertimbangkan membenarkan tahanan menghisap rokok kerana larangan yang dibuat langsung tidak memberi kesan kepada tahanan.
BACA: Ikat jamin ditolak, Jamal dibawa ke penjara Sungai Buloh
BACA: Dikhuatiri lari lagi, ikat jamin Jamal ditarik balik
BACA: Selepas 27 hari, Jamal Yunos dibenarkan diikat jamin
"Biasanya apabila mereka dapat keluar pergi mahkamah dan sebagainya mereka akan telan tembakau atau masukkan ke dalam dubur. Jadi inilah yang mereka hisap, rokok daripada tahi.
"Ada juga yang 'kantoi', mereka menerima hukuman. Jadi kasihan kerana sukar untuk berhenti merokok. Jadi mengapa tidak diberikan kebenaran untuk tempoh tertentu seperti waktu lawatan keluarga dan sebagainya," katanya.
Beliau juga mahu kerajaan lebih prihatin dengan kebajikan warden-warden penjara.
"Saya mohon kepada kerajaan supaya pertimbangkan kenaikan gaji kepada pegawai warden beri kemudahan seperti diterima polis dan pegawai kerajaan," katanya.
Sinar Harian
Fri Aug 03 2018

Jamal berkata, situasi itu juga membuatkannya membayangkan kekentalan Anwar yang menerima hukuman penjara selama berbelas tahun. - Foto Sinar Harian

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.

CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.

Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.

MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.

Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.

Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.

Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.

KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution
Pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.