awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebab cemburu, suami serbu tempat kerja untuk pukul dan tetak isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
08/03/2018
08:59 MYT
Sebab cemburu, suami serbu tempat kerja untuk pukul dan tetak isteri
Polis masih memburu suami mangsa dan rakannya yang menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.- foto Sinar Harian
Seorang wanita cedera selepas dipukul dan ditetak menggunakan parang oleh suaminya sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah kilang elektronik, Taman Klang Jaya, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, wanita itu, P Komathi, 42, kemudiannya dibawa lari menggunakan kereta Proton Satria berwarna biru.
Insiden berdurasi 2 minit 34 saat itu berjaya dirakam orang awam, sebelum tular di laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh anak perempuan mangsa berusia 13 tahun mendapati dua lelaki termasuk ayahnya pergi ke tempat kerja ibunya.
“Kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai N Somoo, 37, yang merupakan suami mangsa, manakala seorang lagi hanya dikenali sebagai Mogan.
“Dalam kejadian itu, suami mangsa bertindak mengheret isterinya dan memaksa masuk ke dalam kereta sambil menetak dengan menggunakan parang panjang sebelum beredar membawa mangsa,” katanya.
Shamsul Amar berkata, mangsa bagaimanapun dihantar oleh suaminya sendiri ke hospital sebelum menghilangkan diri.
Katanya, mangsa dilaporkan stabil dan mengalami kecederaan di kepala, pergelangan tangan kiri, kaki dan belakang badan.
Mengulas motif kejadian, beliau berkata, siasatan mendapati suami mangsa dipercayai cemburu dengan isterinya yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Polis kini masih giat memburu suami mangsa dan rakannya bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#cedera
#cemburu
#Facebook
#Hospital
#Klang
#Klang Selatan
#laman sosial
#mangsa
#polis
#Proton
#suami tetak isteri
#Tetak
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan