Sedu-sedan dan esakan tangis Nour Shafinar Harun, 31, isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak terbendung lagi apabila mengenangkan suami tercinta pergi untuk selamanya.
Berkongsi pilunya, Nour Shafinar berkata sewaktu suaminya berlepas ke Sabah pada 26 Ogos lalu, tiada perubahan ketara namun, dia merasakan suaminya cuba menjauhkan diri daripadanya.
"Ketika menghantar dia ke Lapangan Terbang Subang, dia salam dan sayang (cium) macam biasa. Saya minta maaf dan halalkan makan minum saya.
"Saya rasa amat marah sewaktu di pergi ke Sabah, saya tahu dia pergi atas tugas. Tapi bila dah sampai sana, saya dapat rasa dia menjauhkan diri dengan saya. Dia bagi saya marah dia, macam nak jauhkan diri daripada saya.
"Saya kata kalau saya menyusahkan dia, lepaskan saya dengan cara baik. Tapi dia tidak cakap banyak," katanya sebak.
BACA: Penghormatan terakhir dan solat jenazah buat Allahyarham Mohd Zahir
Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu dalam panggilan terakhirnya dia meluahkan rasa sayang dan rindu kepada suaminya.
"Saya telefon dia, saya beritahu saya rindu dan sayang dia. Dia cuma jawab sayang dan dia tidak cakap banyak dan itu kali terakhir saya cakap dengan dia.
"Sepanjang perkahwinan dengan dia, kami bahagia dia memang lelaki sempurna bagi saya. Saya rasa bertuah sangat hidup dengan dia. ALLAH pinjamkan dia sekejap sahaja," katanya.
Selain itu, Nour Shafinar berkata, 25 Ogos lalu, dalam perjalanan mereka berdua ke Melaka untuk berjumpa anak- anak, suaminya meminta mereka sekeluarga berpindah ke Perak.
"25 Ogos itu saya bawa dia balik ke Melaka untuk jumpa anak-anak. Dalam perjalanan dia ada beritahu saya supaya saya balik ke Perak. Saya sudah habis berkhidmat. Dia bagi kata putus untuk pindah ke Perak, senang dia nak tukar tempat kerja.
"Saya pegang kata-kata dia, dan pindah ke Perak dan kerja di Batu Gajah, dia tak bagi saya cari rumah di sana, tapi cari rumah dekat dengan ibu.
"Katanya kalau jadi apa-apa senang. Saya pun cari dekat Perak, tidak sangka perkara ini jadi secepat ini," ujarnya.
Bercerita mengenai insiden malang yang menimpa suaminya, Nour Shafinar berkata, dia hanya menerima panggilan daripada pegawai tentera di Sabah yang memaklumkan suaminya sudah meninggal dunia.
"Cuma berita itu sahaja saya terima. Saya tidak tengok lagi apa-apa video mengenai kejadian," jelasnya.
Terdahulu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang Dipertuan Agong, Kolonel (B), Nazim Mohd Alim hadir mewakili Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Kehadiran saya adalah mewakili Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk menyatakan rasa simpati atas pemergian Allahyarham.
"Saya juga turut menitipkan sumbangan bagi pihak baginda berdua buat isteri Allahyarham, Nour Shafinar Harun," katanya.
BACA: Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
BACA: Gobind ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Sinar Harian
Wed Sep 04 2019
Nour Shafinar berkata sewaktu suaminya berlepas ke Sabah pada 26 Ogos lalu, tiada perubahan ketara namun, dia merasakan suaminya cuba menjauhkan diri daripadanya. -Gambar Astro AWANI
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Sebelum pergi selamanya, dia macam nak jauhkan diri daripada saya - Nour Shafinar
Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, dalam panggilan terakhirnya dia meluahkan rasa sayang dan rindu kepada suaminya.