Selangor bercadang meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 berkenaan had umur minimum perkahwinan bagi wanita Islam di negeri itu, iaitu daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata cadangan pindaan itu susulan isu perkahwinan kanak-kanak yang semakin berleluasa, termasuk membabitkan perkahwinan kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun di Selatan Thailand baru-baru ini.
Beliau berkata MAIS dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan perbincangan mendalam bagi menangani masalah itu pada 19 dan 20 Julai lepas dengan melibatkan pakar-pakar daripada pelbagai jabatan atau agensi kerajaan khususnya pakar perubatan, universiti dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Hasil perbincangan tersebut, keputusan bersama telah dicapai bagi mencadangkan pindaan kepada peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu bagi menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita daripada 16 tahun kepada 18 tahun.
"Dengan cadangan pindaan ini, had umur minimum perkahwinan bagi wanita dan lelaki Islam di Selangor akan diselaraskan menjadikan umur minimum 18 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurut Mohammed Khusrin, cadangan pindaan kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 itu akan dibawa kepada sidang Dewan Negeri Selangor secepat mungkin.
Beliau dalam pada itu berkata, keputusan mesyuarat yang diadakan atas titah Sultan Selangor itu turut bersetuju untuk memperketatkan kelulusan perkahwinan di bawah umur oleh pihak Hakim Mahkamah Syariah.
Ia dengan mengambil kira kepentingan kanak-kanak yang terlibat di dalam perkahwinan tersebut dan mengelakkan kemudaratan kepada mereka, katanya.
Menurut Mohammed Khusrin, antara syarat yang dicadangkan untuk diperketatkan adalah dengan mewajibkan hakim untuk mengarahkan kanak-kanak tersebut menjalani beberapa Kursus Kekeluargaan Khas, menghadiri sesi kaunseling yang dikendalikan oleh kaunselor daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta menjalani pemeriksaan perubatan yang dikendalikan oleh pegawai perubatan hospital kerajaan.
"Hakim juga akan diwajibkan untuk menyiasat kedudukan ekonomi bakal suami, rekod jenayah lampau (sekiranya ada) dan memanggil bakal suami atau bakal isteri dan bakal ibu bapa mertua atau mana-mana pihak lain untuk diambil keterangan sebelum sesuatu permohonan dipertimbangkan.
"Selain itu, terdapat lagi beberapa syarat lain yang bersifat 'procedural' yang perlu dikemaskini dan ditambah baik demi kepentingan mereka yang berhasrat berkahwin di usia muda ini," katanya.
Menurut beliau lagi, pindaan undang-undang ini adalah bagi memastikan kepentingan masa depan kanak-kanak sentiasa menjadi fokus utama dan menjadi sebagai pertimbangan utama hakim dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan permohonan pernikahan bawah umur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 01 2018
![Selangor cadang pinda had umur minimum perkahwinan Selangor cadang pinda had umur minimum perkahwinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508919632_NikahGeneric.jpg)
Keputusan mesyuarat yang diadakan atas titah Sultan Selangor turut bersetuju untuk memperketatkan kelulusan perkahwinan di bawah umur oleh pihak Hakim Mahkamah Syariah. Gambar hiasan
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722037332_ParisAtletMalaysia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
#DahSampai terbitan Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik
Menerusi program dan kempen #DahSampai, Astro AWANI selama tiga tahun berturut-turut menerbitkan program tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik serta keunikan pelancongan di Malaysia.
Kelonggaran pelaksanaaan e-Invois enam bulan bermula 1 Ogos
Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
![Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716968659_rogolbawahumur.jpg)
Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
![Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715317541_rogolremajajpg.jpg)
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
![Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715152386_courtgavelmahkam.jpg)
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
![Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703231389_MSN.jpg)
Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan keputusan membenarkan jurulatih para negara yang terkait dakwaan kes salah laku seksual kembali bertugas, adalah tepat selepas melalui proses siasatan menyeluruh s
![Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711542841_vape.jpg)
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
![Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701158974_Vape.jpg)
Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
![Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694848789_TBRealMadrid.jpg)
Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.
![Remaja 13 tahun 'part time' pandu lori roro ditahan Remaja 13 tahun 'part time' pandu lori roro ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685847404_TBparttime.jpg)
Remaja 13 tahun 'part time' pandu lori roro ditahan
Siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori roro milik syarikat keluarganya.
![Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684745378_Lelakirogolremaja.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur di Layang-Layang, Kulai, tahun lalu.
![Rogol: Remaja perempuan mengaku tidak bersalah bersubahat Rogol: Remaja perempuan mengaku tidak bersalah bersubahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659079476_TBROGOLREMAJA.jpg)
Rogol: Remaja perempuan mengaku tidak bersalah bersubahat
Remaja itu dituduh bersubahat dengan tiga lelaki dengan cara membenarkan dan menyebabkan seorang remaja lain dirogol.