KUALA LUMPUR:Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes (44.8 peratus). Daripada jumlah itu, sebanyak 867 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 492 kes, Sarawak sebanyak 161 kes , dan Kuala Lumpur (154 kes).

Sementara itu, tujuh kes kematian baharu direkodkan pada Ahad.

Berikut merupakan antara tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 14 Februari 2021:

1.  2,464 kes baharu COVID-19, jumlah kes keseluruhan sebanyak  264,269 kes.

2. 7 kes kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kini 965 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 49,490 kes.

4.  260 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM sahkan pertambahan 11 kluster baharu iaitu lima kluster di Johor, tiga di Selangor dan masing-masing satu di Kedah, Sabah dan Perak.