KUALA LUMPUR : Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan kes harian iaitu sebanyak 978 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 19 Februari:

1. 2,936 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 277,811 kes.

2. 13 kes pesakit peninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 1,043 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 36,797 kes.

4. 220 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 104 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM sahkan pertambahan 13 kluster baharu melibatkan melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.