Isu pelantikan jawatan peguam negara diharap dapat diselesaikan sebaiknya menerusi perbincangan dan kerjasama pihak terlibat.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu itu perlu ditangani segera berikutan pelbagai perkara berkaitan dalam negara yang perlu diselesaikan .
"Saya tidak mahu jangka ia akan menjadi krisis berlarutan, mungkin ada sedikit masalah. Tetapi pimpinan baru Pakatan Harapan mahu lihat kerjasama semua pihak terlibat dapat menyelesaikan masalah itu, ia merupakan harapan kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam semasa sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
BACA: Isu lantikan Peguam Negara akan diselesai ikut Perlembagaan - Dr Mahathir
BACA: Hentikan percanggahan lantikan Peguam Negara
Terdahulu, Muhyiddin diberi taklimat khas mengenai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan kepimpinan tertinggi pasukan itu.
Dalam pada itu Muhyiddin berharap, mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pada Selasa akan memberi jalan serta penyelesaian terhadap kemelut yang timbul berhubung masalah itu.
"Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan bijaksana oleh kedua-dua pihak, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan istana," ujarnya.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang berusaha menyelesaikan isu lantikan Peguam Negara yang baharu.
Beliau yang enggan mengulas lanjut isu tersebut bagaimanapun memberi jaminan penyelesaian akan dibuat menurut Perlembagaan Persekutuan dan lunas undang-undang.