awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakan status pengeluaran khas KWSP bermula 9 April

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/04/2022
10:26 MYT
Semakan status pengeluaran khas KWSP bermula 9 April
Pengeluaran khas KWSP telah mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.
KUALA LUMPUR : Orang ramai boleh mula melakukan semakan bagi permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara 'one-off' mulai 9 April ini.
KWSP menerusi satu kenyataan memaklumkan, proses untuk menyemak status permohonan berkenaan boleh disemak melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Dalam pada itu, KWSP turut memaklumkan bahawa pemohon juga tidak perlu untuk mengakses i-Akaun mahupun mengunjungi kios dan cawangan KWSP bagi tujuan tersebut.
Pengeluaran khas KWSP telah mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.
BACA: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
BACA: Mohon 1April, dapat 20 April 2022
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19 pada 16 Mac lalu.
Menurut Ismail Sabri, langkah itu dibuat berdasarkan kajian yang dibuat secara menyeluruh bagi melihat implikasi rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan, serta mereka yang sedang membina semula kehidupan.
KWSP memaklumkan, bayaran bagi pengeluaran khas akan dibuat secara sekali pembayaran (single payment) kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.
Topic Berkaitan
#KWSP
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#EPF
#pengeluaran khas
#RM10 000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan