PASIR PUTEH: Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan yang berlaku di negara jiran itu di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, tengah malam semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ini kerana kejadian berkenaan tidak melibatkan warga tempatan dan buat masa ini pihaknya mengambil langkah memperketatkan kawalan keluar masuk kenderaan di sempadan.
"Polis bersama beberapa agensi penguat kuasa lain yang bertugas di pintu masuk sempadan melakukan pemeriksaan ketat setiap kenderaan yang keluar masuk sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cinta dan Air Mata Peringkat Kebangsaan di Jeram Mengaji, di sini, hari ini.
Beliau turut menasihati orang ramai yang ingin ke Sungai Golok agar berwaspada dan menjaga keselamatan diri.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pekan Rantau Panjang hari ini mendapati rata-rata peniaga melakukan aktiviti jual beli seperti biasa dengan membuka kedai seawal 9 pagi.
Seorang peniaga pakaian, Ikmal Abdul Ghani, 35, berkata kejadian itu tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan di pekan itu.
"Semalam ada gegaran beberapa minit namun kejadiaan ini sudah menjadi kebiasaan kepada kami kerana kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku di sana (Selatan Thailand)," katanya.
Ikmal berkata pelanggan datang ke premisnya seperti biasa dan pergerakan keluar masuk rakyat berkemungkinan terbatas kerana kawalan ketat pasukan keselamatan dari kedua-dua negara selepas kejadian itu.
Pembantu kedai runcit Mohd Fazli Mat Rifin, 23, berkata beliau yang tinggal di Kampung Cabang Empat Salam turut merasai gegaran letupan bom itu.
"Kedai kami beroperasi seperti biasa dan tidak memberi kesan kepada peniaga di sini, mungkin hari ini tidak ramai pelanggan kerana hari bekerja. Keadaan masih selamat namun beberapa pangkalan haram di sekitar Sungai Golok ditutup," katanya.
Semalam, Polis Diraja Malaysia mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tersebut yang mengakibatkan empat anggota keselamatan Thailand cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Kejadian letupan di sebelah Thailand tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan di Rantau Panjang. - Gambar fail
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand
Tinjauan mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.
Perlumbaan perahu kolek di Sungai Golok, erat hubungan Malaysia -Thailand
Cuaca panas kesan fenomena El Nino tidak menghalang lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand datang menyaksikan perlumbaan perahu kolek yang diadakan di Sungai Golok.
Sungai Golok melimpah, penduduk mula pindahkan barangan
Lebih 3,000 penduduk daripada 10 kampung di sekitar jajahan Tumpat mula membuat persiapan awal termasuk memindahkan barang ke tempat tinggi berikutan limpahan air Sungai Golok sejak semalam.
Mangsa banjir di Kelantan dan Pahang makin meningkat
Banjir di Kelantan dan Pahang semakin buruk apabila masing-masing mencatatkan mangsa seramai 6,851 orang dan 523 orang pada Isnin.
Penduduk berhampiran Sungai Golok di Pasir Mas perlu waspada banjir
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok perlu sentiasa berwaspada dengan situasi banjir dan segera berpindah susulan peningkatan paras air sungai terbabit yang melebihi paras bahaya.
Projek jambatan darat Thailand akan beri manfaat kepada Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin telah memberi komitmen bahawa Malaysia akan turut dilibatkan dalam pelaksanaan projek itu.
Pelantikan kontraktok PLSB Sungai Golok Fasa 2, 3 dibuat November - Nik Nazmi
Pelantikan kontraktor untuk projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2 dan 3 dijangka dapat dibuat pada November ini.