NARATHIWAT: Semua laluan di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di daerah Tak Bai, Sungai Golok dan Weng ditutup sementara berikutan kejadian letupan bom dan tembakan yang mencederakan empat anggota polis.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok Pol. Col. Jadsadavit Inprapan berkata jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
"Polis percaya sebahagian daripada kumpulan penyerang telah melarikan diri ke Malaysia mengikut laluan sungai manakala sebahagian lagi bersembunyi di kawasan berhampiran," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian hari ini.
Menurutnya, kejadian berlaku pada 12.05 tengah malam, empat anggota sedang melakukan tugasan berhampiran pekan Sungai Golok cedera selepas kenderaan yang mereka naiki tiba-tiba meletup.
Katanya, siasatan awal polis juga menemukan tiga butir bom yang tidak aktif, 50 kelongsong peluru dan paku bertaburan berhampiran tempat kejadian.
Bagaimanapun, Jadsadavit berkata setakat ini masih belum ada mana-mana kumpulan yang mengakui bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Sementara itu Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya. - Foto: Polis Sungai Golok
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan
Polis tidak menolak kemungkinan penyeludup akan mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan jenayah itu semasa musim perayaan.
KPDN perkemas mekanisme tangani isu ketirisan barang kawalan di sempadan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata mekanisme yang dijalankan secara pengurusan mikro itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
Anwar, Srettha adakan perbincangan dua hala mengenai pembangunan sempadan pada Isnin
Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan.
Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas
Perang mulut mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas antara Israel dan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah.
Mesir terima penduduk Gaza yang cedera melalui lintasan sempadan Rafah
Lima yang cedera itu kini dalam perjalanan ke Hospital Arish di wilayah Sinai Utara.
Laluan utama di sempadan Pakistan-Afghanistan dibuka semula
Beribu-ribu orang dan lori perdagangan dibenar untuk meruskan perjalanan selepas terperangkap di lintasan sempadan Torkham selama 10 hari.
Nelayan dakwa jaring dilanggar bot pihak berkuasa Singapura
Sekumpulan empat nelayan tempatan mendakwa bot penguat kuasa Singapura melanggar dan merosakkan jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau, berhampiran Jambatan Link Kedua, pada Isnin.
Berlin sambut ulang tahun peringatan ke-62 Tembok Berlin
Beberapa acara diadakan bagi memperingati mangsa yang terkorban ketika cuba melarikan diri dari rejim komunis Jerman Timur.