KUALA LUMPUR: Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak dan remaja tidak terjerumus dalam isu sosial sehingga menggugat pembelajaran mereka di sekolah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata kementerian yang berkaitan perlu bersama-sama menyumbang saranan kepada Majlis Sosial Negara bagi memperbaik keadaan sosial dalam negara.
"Saya harap semua pihak bertanggungjawab untuk turut menjaga anak-anak kita yang seharusnya teruskan pelajaran mereka, bukan membuat perkara lain.
"Kerisauan kita ialah berkenaan keadaan sosial dalam negara merangkumi perkara seperti ini. Kita mahu supaya yang menjadi tenaga pengajar mempunyai nilai-nilai yang sepatutnya sebagai seorang pendidik," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama 99 Speedmart di sini, Isnin malam.
Beliau mengulas mengenai isu seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah yang didakwa menjalinkan hubungan dengan pelajar lelakinya yang tular dalam media sosial.
Pada Ahad lalu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata polis menerima laporan pada 12 Dis lepas mendakwa suspek yang berumur 37 tahun mencabul mangsa, ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.
Wan Kamarul Azran berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan.
Dalam perkembangan lain, Nancy berkata lebih 1,600 Orang Kurang Upaya (OKU) telah ditawarkan pekerjaan melalui program Job Coach yang dilaksanakan KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kami amat memerlukan sokongan syarikat kerana ramai (OKU) yang menyatakan mereka tiada pekerjaan," katanya.
Job Coach dilaksanakan oleh JKM dan beberapa agensi kerajaan serta pihak swasta sebagai satu cara sokongan pekerjaan untuk menolong OKU dalam pekerjaan yang melibatkan program latihan pekerjaan kepada individu OKU.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Nancy berkata kementerian yang berkaitan perlu bersama-sama menyumbang saranan kepada Majlis Sosial Negara bagi memperbaik keadaan sosial dalam negara. - Foto fail/BERNAMA
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.