SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berusaha keras bersama semua pihak berkepentingan bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang kian membelenggu penduduk di Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Beliau berkata masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak, bermula daripada pihak berkepentingan iaitu kerajaan Persekutuan melalui Tenaga Nasional Bhd (TNB), kerajaan Sabah, SESB, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat di akar umbi.
"Pengalaman masa lalu memberi pengajaran kepada kita supaya semua pihak berkepentingan bekerjasama dan mengambil sikap menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah.
"Saya dan keluarga juga pengguna elektrik. Apa yang pengguna rasai, kami juga merasai. Sebab itu perasaan kami merupakan sebahagian daripada nadi rakyat, yang sudah tentu beraspirasi agar masalah bekalan eletrik di Sabah dapat diselesaikan dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Madius berkata kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif untuk mengatasi bekalan elektrik di negeri itu, terutama di kawasan pantai timur Sabah.
Antara inisiatif besar ialah projek penjanaan kuasa eletrik 300 megawat menggunakan arang batu di Lahad Datu suatu ketika dahulu, namun kerajaan negeri membatalkannya atas tentangan dan desakan hebat oleh pihak NGO, sekali gus menyebabkan rizab margin di pantai timur berada pada negatif.
"Syukurlah kita sekarang ada grid timur-barat iaitu dari Penampang ke Sandakan dan dengan itu, bolehlah kita menghantar kuasa eletrik dari pantai barat ke pantai timur. Jika tidak, masalah bekalan di pantai timur akan bertambah buruk," katanya.
Madius berharap penduduk Sabah bertenang dan tidak beremosi tinggi menghadapi isu bekalan elektrik di negeri itu, sebaliknya bersama kerajaan dan SESB mencari penyelesaian.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu telah melawat Pejabat SESB Zon Sandakan dan berpeluang meninjau dua janakuasa di daerah itu iaitu Janakuasa Batu Sapi dan Janakuasa Libaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
Masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak. - Gambar hiasan
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Penggunaan tenaga secara cekap kurangkan pembebasan gas rumah hijau - SEDA
Amalan penggunaan tenaga dengan cekap adalah paling utama untuk memastikan kelestarian alam.
Hanya empat hospital beroperasi pada tahap minimum di utara Gaza - WHO
Hospital Al-Ahli Arab kini beroperasi separuh daripada perkhidmatan sebelumnya berikutan kekurangan bahan api, kakitangan dan bekalan.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelaksanaan subsidi bersasar dorong pengguna beralih kepada tenaga suria
Seorang pengguna berkata bahawa dengan penggunaan tenaga suria, bil elektrik bukan lagi satu isu buatnya.
SESB berusaha bersama semua pihak selesai masalah elektrik Sabah - Pengerusi
Masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak.
Kelulusan dua RUU inisiatif terbaik atasi krisis elektrik di Sabah
Dengan perkembangan itu, kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu diserahkan kepada Sabah.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
Cuaca panas: Catuan bekalan elektrik di Sabah akibat permintaan tinggi
Catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri.
Polis rampas 36 mesin bitcoin, premis buat sambungan elektrik haram
Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.
60 peratus punca kebakaran disebabkan eletrik - Bomba
Angka itu merupakan yang tertinggi sejak 2018, melibatkan 804 kedai, 408 kilang, 263 kemudahan penyimpanan, 200 pejabat dan lain-lain.